Tuesday, July 16, 2013

Alvin, Vivian disiasat bawah Seksyen 233, Namewee dan Tian Chua bagaimana?


Apa maksud siasatan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) ?


Menurut Seksyen 233 (1), seseorang boleh didakwa kerana membuat, mewujudkan atau meminta-minta, dan memulakan penghantaran menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar - mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Mengikut akta ini sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


Dari segi maksud dan tujuan, undang-undang ini adalah baik kerana ia membenarkan keharmonian antara agama, kaum, etnik dan individu dapat dipelihara di dalam negara ini. Ia mempunyai maksud yang luas dan secara literalnya, kita tahu Alvin dan Vivian telah melakukan dua kesalahan;

1. mewujudkan dan menghantar posting yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati dan menganggu orang lain




2. mewujudkan dan menghantar posting lucah dan jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati dan menganggu orang lain



3. Dalam hal Alvin dan Vivian, Akta Keterangan 1950, Seksyen 114A tidak terpakai kerana mereka menggunakan identiti mereka sendiri dan mereka telah mengakui perbuatan mereka dalam laman media sosial.

Berdasarkan Seksyen 233 di atas, jelas bukan sahaja Alvin dan Vivian boleh didakwa dan dihukum, tetapi Namewee, Tian Chua dan ramai anggota Red Bean Army juga boleh dikenakan tindakan yang sama.

Kenapakah tiada tindakan terhadap Namewee dan Tian Chua?

Dalam negara ini, berdasarkan undang-undang dan praktis sedia ada, apabila kesalahan dalam talian (online) dilakukan, pegawai yang diberi kuasa untuk menyiasat bagi kes-kes seperti ini adalah pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Apakah tugas Polis? Secara praktisnya, adalah untuk membantu pegawai SKMM jika terdapat keperluan untuk melakukan geledahan, penahanan dan penangkapan.

Bagaimanakah kesalahan ini hendak disabitkan? Seksyen 259 Akta ini dengan jelas menyebut, "Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya."

Jadi bagi membolehkan seseorang disabitkan dengan kesalahan di bawah akta ini, pertamanya, pegawai SKMM perlu terlatih untuk membuat penyiasatan dan jumlah mereka perlu mencukupi. Jika pegawai penyiasat SKMM cuma 10 orang, maka tidak mungkin mereka boleh menyiasat begitu banyak kes, termasuk kes jenayah siber yang lain. Jika jumlah mereka mencukupi, tetapi tidak terlatih pun tiada gunanya. Jadi adalah menjadi tanggung jawab Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Ketua Setiausaha kementerian ini memastikan pra-syarat ini mencukupi.

Polis? Setakat ini secara praktis, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bukan pihak yang diberi tanggung jawab penuh untuk menyiasat kes-kes seperti ini. Jadi Menteri Dalam Negeri,  KSU kementerian dan Ketua polis Negara sepatutnya tidak dipersalahkan.

Pendakwaan perlu dilakukan oleh Peguam Negara. Dalam kes ini sekiranya tiada pendakwaan dibuat atau dibuat secara secara cuai, tidak teliti dan tanpa persiapan yang rapi, maka Menteri yang menjaga Undang-undang dan Peguam Negara perlu bertanggung jawab.

Ini mungkin sedikit sebanyak menjawab persoalan dan ketidak fahaman ramai pihak tentang bidang kuasa dan tugas Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.

Ia mungkin menjawab persoalan kenapa Tian Chua masih gagal didakwa walaupun sudah mengakui mengolah gambar Perdana Menteri bersama Razak Baginda dan Altantunya pada tahun 2007.

Dalam kes Namewee, ramai yang tidak bersetuju dengan hujah bahawa posting Namewee ada berunsur hasutan jika dilihat kepada posting you tube di bawah :-





Tetapi jika pendakwaan gagal dibuat atas kesalahan melanggar Akta Hasutan, ramai yang gagal memahami kenapa tiada pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 233 AKMM.

Jika ini precedentnya, adakah rakyat boleh yakin bahawa Alvin dan Vivivan akan dikenakan tindakan undang-undang?

No comments:

Popular Posts