Tuesday, July 16, 2013

@ShenYeeAun ajak TOLAK CINA DAP #PenipuRakyat



Dua Faktor SYA Tinggalkan DAP

by AIDC on Jul 16th, 2013 

Ketika berusia belasan tahun, Shen Yee Aun (SYA) sudah berkecimpung dalam arena politik khususnya DAP.

Selepas memasuki Universiti Malaya, SYA sudah menjawat jawatan sebagai Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.

“Apabila kita muda, kita mudah terikut-ikut dengan idealisme DAP, katanya ketika ditemui AIDC di Petaling Jaya, 6 Julai 2013.

Inilah barangkali bertepatan dengan kempen Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan ‘Ejen Impian Malaysia’ di kalangan anak muda baru-baru ini.

“Apabila kita orang muda, kita mudah terpengaruh dengan sistem, kita tidak suka kepada rasuah. Tetapi apabila kita semakin membesar, kita akan menyedari bahawa rasuah …rasuah itu…berada di mana-mana,”kata SYA yang mengimbau kemasukannya ke dalam DAP disebabkan idealisme parti itu bersifat multi bangsa dan anti-rasuah.

Pada tahun 2008, ketika berusia 21 tahun SYA telah dilantik sebagai pembantu pengurus pilihanraya DAP untuk PRU 12, namun selepas Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 kemenangan Barisan Nasional dalam PRU itu, pada awal tahun 2009, SYA mengambil keputusan drastik meletakkan semua jawatan dan meninggalkan parti itu.

Dua faktor punca SYA meninggalkan DAP. Itulah wawancara bersama beliau untuk mengetahui sebab-sebab itu.

AIDC : Saudara bermula daripada Universiti Malaya?

Betul.

AIDC : Tamat di UM, terus terlibat dengan DAP ?

Sebelum saya masuk Universiti Malaya, saya sudah terlibat dengan DAP. Dan sebelum dengan DAP, saya sudah bersama IKD (Insititut Kajian Dasar).

Masa tu saya rasa saya di tingkatan tiga atau empat, umur enam belas saya sudah berkecimpung dalam dunia politik.

Lepas masuk Universiti Malaya, sebenarnya saya sudah menjadi Ketua Pemuda DAP Bahagian Klang dan Setiausaha Eksekutif Kebangsaan DAP.

Cuma pada 2009, bila saya tidak lagi mempercayai perjuangan DAP, maka pada masa itulah saya membuat langkah untuk tidak lagi meneruskan perjuangan politik saya dan sampai hari ini saya tidak membantunya.

AIDC : Mesti ada turning point, kenapa saudara tidak lagi mempercayai DAP ?

Sebabnya banyak. Tetapi perkara yang paling utama adalah DAP pada hari ini adalah DAP yang tidak lagi saya kenali.

Sebab kita kena faham sentimen orang muda. Walaupun saya muda, saya mula menyedari hakikat ini lebih awal daripada kebanyakan orang muda.

Apabila kita muda, kita mudah terikut-ikut dengan idealisme DAP.

Pertama, seolah-olah mereka ini adalah multi bangsa. Namun, realitinya kalau kita analisis betul-betul lebih daripada 90 peratus ahli DAP adalah terdiri daripada kaum Cina sahaja.

Kedua, dalam sejarah pilihanraya Malaysia, tidak pernah sekali pun DAP bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kalau ada sekali pun, ini adalah kali pertama, ada dua tempat DAP bertanding letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu, tapi calon mereka bukan calon Cina atau India, maksudnya lebih kepada bersifat politik.

Contohnya di Raub, Pahang. Di Raub ini komposisinya lebih 60 peratus adalah Melayu, DAP bertanding, tapi DAP letak seorang calon Melayu bertanding.

Akhirnya mereka bawa pakej, kita multi-racial kerana bertanding di kawasan majoriti Melayu tapi letak calon Melayu, mengapa tidak berani letak calon Cina ?

Kita lihat saja walaupun pasca Pilihan Raya Ke 13, di Selangor, pada mulanya Teresa Kok mengatakan kita mahu empat Exco untuk orang Cina.

Apakah pada awalnya kepimpinan masyarakat India yang ada di Selangor itu tidak dipandang oleh Teresa?

Jelaslah, DAP itu tidak multi-racial. Di mana yang diwar-warkan oleh mereka?

Dan yang kedua, apabila kita orang muda, kita mudah terpengaruh dengan sistem, kita tidak suka kepada rasuah. Tetapi apabila kita semakin membesar, kita akan menyedari bahawa rasuah …rasuah itu..

AIDC : Berada di mana-mana… ?

Pertama, berada di mana-mana. Dan yang kedua, DAP ini lebih hipokrit. Sebab rasuah dalam kalangan mereka sudah mula menular apabila mereka menang Pilihan Raya Ke 12.

Mereka kata rasuah BN pada hari ini banyak, mungkin benar. Saya tidak kata hari ini DAP tidak rasuah.

Kalau kita analisis, perkataan rasuah mula wujud pada tahun awal 1980-an dan 1990-an. Kita perlu ikuti sejarah, siapa yang memulakan budaya rasuah dalam UMNO. Istilah politik wang bermula pada zaman siapa?

Ia bermula ketika Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO. Digunakan wang untuk bertanding Ketua Pemuda. Menggunakan wang, kronisme, team Wawasan untuk menghancurkan Tun Ghafar Baba daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

AIDC : Itu mulanya ?

Itu mulanya. Yang lebih hebat istilah ‘money politics’ yang mula menjadi popular dari UMNO. Lepas itu kita lihat rasuah apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, cara dia memberi rasuah lebih teruk.

Jujur, BN rasuahnya dulu mungkin bagi projek, tapi projeknya ada had. Contoh dalam beberapa kawasan, ada berapa hospital yang kita boleh bina, berapa sekolah yang kita boleh bina. Tapi, bila Anwar jadi Menteri Kewangan, dia bagi saham. Saham itu tiada hadnya, tiada batasan.

Sebab itu saya menganalisis kembali budaya rasuah dalam UMNO wujud, tapi siapa yang merosakkan. Dan budaya rasuah dalam DAP adalah paling cepat di dunia.

AIDC : Maksudnya?

Mengapa saya kata begitu ? Sebabnya, tidak sampai 50 hari lepas pasca Pilihan Raya Ke 12, DAP memerintah negeri Perak, Nga Kor Ming memberi kontrak jahitan baju seluruh Perak kepada isterinya. Kurang daripada 50 hari, sudah bagi isteri dia. Paling cepat di dunia.

AIDC : Maksudnya, walaupun Menteri Besarnya adalah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas, Nga Kor Ming lebih berkuasa ?

Setuju. Sebab itu pada awalnya, Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham mereka boikot. Pada awalnya mereka tak nak bagi kerusi Menteri Besar kepada Nizar. Cuma akhirnya mereka tidak ada pilihan, mereka terpaksa jadikan Nizar itu sebagai boneka mereka.

Ini, dalam falsafah Cina sebut Romance of the Three Kingdoms…ada seorang watak dipanggil Cao Cao. Mengapa Cao Cao boleh menjadi begitu berkuasa. Sebab dia mempergunakan nama seorang Maharaja di belakang beliau. Menggunakan nama Maharaja. Membonekakan Maharaja, untuk Cao Cao berkuasa.

Walaupun dia ( Cao Cao) bukan Maharaja tapi dia lebih berkuasa daripada Maharaja. Perkara inilah, perlambangannya bagaimana DAP mempergunakan Nizar.

Kembali kepada isu rasuah, cukup mudah. Rasuah yang paling cepat di dunia, kurang daripada 50 hari sudah ada rasuah-rasuah mereka.

Kalau harga pasir di Johor selori RM 300, DAP tuduh BN rasuah. Di Selangor, selori berharga RM 1,200, empat kali ganda. Jadi, rasuah siapa lebih teruk?

Kalau kita lihat baru-baru ini, IJM (IJM Land Berhad, satu syarikat pemaju terbesar di Pulau Pinang) sendiri keluar menyerang Lim Guan Eng, mereka kata mereka dipaksa untuk memberi seolah-olah derma sebanyak RM 3 juta.

IJM beri kepada Lim Guan Eng RM 1.5 juta, bagi setengah sahaja. Cumanya rasuah DAP lebih profesional, mereka menggunakan istilah-istilah derma, komisen dan sebagainya.

Ini semestinya tidak melambangkan mereka tidak rasuah. Dan yang paling penting mereka ini hipokrit.

AIDC : hipokrit ?

Mereka sudah tahu YB Jenice Lee terlibat rasuah. Apabila Jenice Lee diserang, termasuk saya menyerang, pada awalnya DAP kata ini adalah kerja UMNO menipu, menuduh rasuah, mana bukti?

Mereka kata kita silap menuduh Jenice Lee.

Tapi, apabila Jenice Lee mula berpaling tadah daripada Lim Guan Eng, pada PRU 13, orang-orang DAP sendiri yang membawa kes rasuah Jenice Lee ini kepada SPRM.

Bila kita bawa, mereka kata tipu, persepsi, tak mungkin dan sebagainya, namun bila Jenice Lee berpaling tadah dengan mereka, mereka pula yang membawa isu rasuah itu kepada SPRM. Apakah ini bukan hipokrit?

Perkara yang paling penting sekali, kita jangan lupa, sebelum PRU 13, YAB Perdana Menteri negara kita, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah improve ranking kedudukan rasuah negara kita daripada tangga 60 kepada 54. DAP diam saja.

Menyembunyi fakta ini dan akhirnya terus menuduh kerajaan rasuah..rasuah..rasuah sambil menyembunyi fakta yang sebenar. Sebenarnya, mereka tahu fakta ini.

Sebagai pengundi yang rasional, Barisan Nasional rasuah, DAP pun rasuah. Ranking Barisan Nasional dah bertambah baik. Tapi DAP lakukan rasuah secara profesional, cuma susah nak ditangkap kerana mereka guna istilah-istilah yang berbeza.

AIDC : Rasuah tersembunyi..

Kalau kita benci rasuah, dua-dua pihak ada masalah. Untuk kita buat keputusan untuk sokong DAP atau Barisan Nasional, cukup mudah. Saya tak pernah kata Barisan Nasional baik. Untuk buktikan DAP itu lebih baik, untuk mengundi DAP, DAP perlu buktikan mereka lebih baik.

Tapi, tidak pernah kita dengar ada satu mekanisme yang dicadangkan oleh DAP, Anwar atau Pas, yang mana mereka nak mengatasi masalah rasuah di negara ini.

Tidak pernah. Apa mekanisme mereka? Yang ada, mereka hanya kata kita mahu hapuskan UMNO, hapuskan Barisan Nasional. Seolah-olah hapuskan Barisan Nasional, secara automatik rasuah boleh dihapuskan. Mekanisme mereka adalah dengan cara mengundi mereka.

Seolah-olah mengundi mereka, rasuah itu boleh dihapuskan. Apa mekanisme untuk membasmi rasuah, tidak pernah mereka beritahu.

Seolah-olah pada hari ini, sakit barah, contohnya, mereka kata, anda hanya perlu undi saya, penyakit anda akan hilang tiba-tiba. Mana boleh macam tu. Anda perlu tanya, rawatan apa, ubat apa ?

Disebabkan perkara inilah saya tidak dapat menerima lagi DAP, kerana talam dua muka, hipokrit. Disebabkan inilah saya akhirnya bangkit meninggalkan perjuangan DAP.

Banyak lagi sebenarnya sebabnya, cuma dua perkara ini yang pada saya cukup penting.

AIDC : Bermakna, tuduhan DAP mengatakan UMNO itu rasis adalah untuk menutup perkauman DAP ?

Itu satu soalan yang baik. Betul, strategi DAP menuduh UMNO rasis dan pada masa yang sama untuk menutup kebenaran mereka itu seolah-olah mereka tidak rasis, betul.

Namun, saya tidak sesekali mengatakan UMNO itu tidak rasis. Ini terpulang kepada sudut pandangan mana yang kita nak lihat.

Tapi kita perlu menilai parti mana yang perlu kita sokong. Kita tidak boleh melihat UMNO, MCA dan MIC sahaja, kita perlu melihat secara keseluruhan. Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat, itu lebih penting.

Mengapa saya katakan sistem BN itu jauh lebih multi-racial daripada Pakatan Rakyat, cukup mudah.

Pertama, DAP hanya bertanding di semua kerusi majoriti Cina, Pas hanya ada di kawasan Melayu sahaja dan PKR di kerusi campuran.

Tapi, dalam sistem BN, kerusi-kerusi majoriti Melayu juga diberikan kepada MCA dan MIC untuk bertanding.

Itu faktor pertama BN lebih multi-racial.

Faktor kedua, mengapa DAP, PKR atau Pas kata mereka multi-racial? Sebab keahlian PKR untuk semua, keahlian DAP untuk semua. Tapi faktor keahlian tidak menandakan sesebuah parti itu multi bangsa.

Sebab, kalau kita nak katakan keahlian itu menandakan sesebuah parti itu adalah multi bangsa cukup mudah. Dalam BN ada PPP, LDP dan Gerakan untuk semua bangsa.

Maksudnya sistem yang BN ada, Pakatan Rakyat tidak ada, sistem yang Pakatan Rakyat ada, BN juga sudah ada.

Multi bangsa BN unik. Yang untuk satu bangsa ada, yang untuk pelbagai bangsa pun ada. Ini faktor kedua.

Dan faktor yang ketiga, kalau kita nak kata multi bangsa, kita jangan lupa, kita juga ada rakan-rakan di negeri Sabah dan Sarawak. Betul tak?

Kalau tidak ada sistem BN pada hari ini, saya akan kata pemimpin-pemimpin daripada Sabah dan Sarawak tidak akan ada suara mereka di negara Malaysia. Mengapa?

Contoh, kalau hari ini, DAP, PKR dan Pas berkuasa, ke manakah suara-suara Sabah dan Sarawak? Mengapa saya boleh membuat penakulan sedemikian?

AIDC : Sebabnya ?

Sebabnya, kita mesti analisis, berapa pemimpin Sabah dan Sarawak menjadi pemimpin tertinggi Pas? Saya rasa kosong. Berapa pemimpin Sabah dan Sarawak menjadi pemimpin tertinggi PKR? Ada satu..dua.

Berapa pemimpin Sabah dan Sarawak menjadi pemimpin tertinggi DAP? Kosong. Jangan kata Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari..Majlis Tertinggi pun mereka tak dapat tembusi.

Kalau tidak ada sistem macam BN, ke manakah suara Sabah dan Sarawak ? Sebab itu BN untuk Cina ada, untuk India ada, untuk Melayu ada, untuk semua bangsa ada, untuk suku etnik Sabah dan Sarawak pun ada.

Untuk DAP, PKR dan Pas, apa yang mereka mampu bekalkan dalam sistem politik yang pelbagai bangsa dan suku etnik di Malaysia ?

Banyak orang tidak menganalisis tetapi terus menuduh BN sebagai rasis, DAP dan Pakatan Rakyat itu sebagai multi bangsa.

Apa yang diwar-warkan itu tidak semestinya menunjukkan realiti sebenar.

Apa yang saya sebutkan tadi itu sebagai statistik, berapa ramai? Itu semua adalah kebenaran. Dan keadaan ini membuktikan bahawa BN itu jauh lebih multi- racial daripada Pakatan Rakyat.

Dan kita jangan lupa, multi-racial itu adalah berkaitan dengan perpaduan. Kita perlu tahu, dalam dunia ini ada dua jenis perpaduan iaitu intergrasi dan asimilasi.

Perpaduan dalam BN adalah intergrasi. Maksudnya satu kaum atau kaum-kaum lain masih boleh mengamalkan ideologi mereka seperti MCA, MIC dan sebagainya.

Kalaulah pada hari ini, perpaduan yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat, konsepnya ‘Malaysian Malaysia’, semua bangsa itu sama, itu juga perpaduan. Tetapi itu adalah perpaduan asimilasi yang digunakan oleh Indonesia.

Dan ke manakah Indonesia pada hari ini jika dibandingkan dengan pembangunan di negara itu ?

AIDC : Kalau dahulu, DAP dengan Pas ini seolah-olah seperti anjing dengan kucing, memang tak boleh bertemu. Tapi sekarang ini seolah-olah DAP boleh menerima Pas. Pada pandangan saudara sebagai seorang aktivis DAP, apa sebenarnya pandangan DAP terhadap Pas?

Dalam peperangan.. ini kembali kepada falsafah peperangan politik, ‘your enemy..enemy is friend’. Maksudnya, kalau mereka tidak suka antara satu sama lain, musuh utama mereka tetap Barisan Nasional, itu yang pertama.

Yang kedua, dalam sejarah dunia kita lihat, kita panggil “political aliens”. Kita lihat dalam sejarah Malaysia pun sudah cukup, Tanah Melayu. Kita lihat bagaimana British bekerjasama dengan Komunis untuk menentang Jepun. Apabila Jepun dihapuskan, British mahu Komunis pun dihapuskan. Begitulah kerjasama mereka.

Kerjasama antara Pas dengan DAP adalah perlambangan ‘kerjasama British-Komunis’. Ini salah satu contoh dan sebenarnya banyak lagi contoh ‘political aliens’ dunia yang pada awalnya mereka saling bekerjasama akhirnya mereka saling memakan diri sendiri.

Mereka sanggup ketepikan politik tidak sehaluan demi mendapat kuasa dan menawan Putrajaya. Nasib baiklah mereka tidak menawan Putrajaya, nanti kita tidak tahulah sama ada DAP akan “makan” Pas atau Pas “makan” DAP, kita tidak tahu.

AIDC : Ada kemungkinan tak, DAP melihat bahawa mereka boleh “makan” Pas sebab itu mereka sanggup bekerjasama ?

Pada pandangan peribadi saya, ya betul. Fungsi pertama, DAP melihat boleh “makan” Pas dalam jangka masa panjang. Mereka merasakan mereka ada kekuatan yang tersendiri.

Pada masa sama, saya melihat Pas juga merasakan boleh mengawal dan “makan” DAP, cuma kedua-dua pihak tidak pernah memberitahu. Dua-dua mereka ada agenda. Jadi, yang akhirnya siapa akan “makan” siapa, kita belum tahu.

…Bersambung selanjutnya, siri ke-2 berkaitan dengan Red Bean Army.


No comments:

Popular Posts