Apa lagi yang flip flop ni Anwar Ibrahim? Anwar perlu memboikot upacara angkat sumpah di Parlimen bagi menunjukkan bahawa dia konsisten menolak keputusan PRU13.
Anwar masih nak jadi Ketua Pembangkang tanpa merit? Malulah cakap pasal merit, tapi jadi Ketua Pembangkang guna simpati. PKR hanya mempunyai 30 kerusi di Parlimen. DAP ada 38 kerusi. Anwar patut mengiktiraf bahawa kemenangan PR adalah kerana undi kaum Cina yang menyokong DAP.
Nak fikir apa lagi? Takkan nak jilat ludah sendiri? Taklimat dah boikot. Tak payah timbang-timbang dah. PKR wajar teruskan dengan boikot angkat sumpah pula. Barulah konsisten..
PKR cadang ubah haluan, mahu tarik balik boikot
pada 12-06-2013 03:06 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand
PETALING JAYA: Setelah sekutunya dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PAS bertegas bahawa ahli Parlimen mereka akan menghadiri majlis angkat sumpah sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini, PKR pula mengumumkan keputusan muktamad parti itu akan dibuat malam ini.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, perkara tersebut akan dibincangkan bersama pemimpin atasan pada mesyuarat biro politik malam ini.
"Kita belum buat keputusan. Malam ini ada (mesyuarat) biro politik, kita akan bincangkan malam ini," katanya ringkas pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mempertimbang untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.
Bagaimanapun, pada hari yang sama Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.
Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu membuat pendirian yang sama dengan menolak gesaan memulaukan sidang Parlimen sambil menegaskan MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.
Semalam semasa sesi taklimat, hanya seorang Ahli Parlimen DAP, Er Teck Hwa (Parlimen Bakri) hadir bagi mendengar maklumat terbaru berhubung sesi Dewan Rakyat.
Bagaimanapun sejurus selepas itu Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan tindakan disiplin akan diambil terhadap Teck Hwa kerana telah melanggar arahan parti.
Memetik laporan Sinar Harian Online, Loke memberitahu DAP akan memanggil Teck Hwa untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya pada taklimat tersebut.
No comments:
Post a Comment