Sunday, June 16, 2013

Kenaikan Tambang Bas 30% - blogger ni boleh buat unjuran lagi bagus daripada @RafiziRamli @aduanSPAD





Belum naik lagi rupanya, baru cadangan.. Saya bukan faham sangat bidang ni, tapi saya suka nak mainkan cerita ni dalam blog ini sebab blogger Sangkakala ni boleh buat projection lagi baik daripada Rafizi Ramli lah. Tak payah belajar Accountancy, tak yah kerja kat Petronas, guna common sense, dan pengalaman je. Mamat ni lagi bagus lah dari si Rafizi dalam bab buat unjuran ni :) Nak ganti pengerusi SPAD ke? :)

Baca bab unjuran Rafizi untuk turunkan harga kereta di bawah ni -

Baca bab unjuran Rafizi yang merapu tentang pendidikan percuma di bawah ni -



@NajibRazak @aduanSPAD DIMANA RUGINYA PENGUSAHA BAS ???


Sangkakala tengok dan baca dalam Malaysiakini baru baru ni ada tertera satu artikel tentang kenaikan harga tambang bas yang dituntut sehingga 30% oleh pengusaha bas ekspress semasa musim perayaan nanti.

Bukankah kerajaan telah menetapkan bahawa kenaikan 10% pada musim perayaan diberikan dari dulu lagi untuk membolehkan syarikat bas membuat sedikit keuntungan semasa musim perayaan?

Dengan menaikkan harga tambang bas rasanya akan lebih membebankan tambahan lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan serta mempunyai ramai tanggungan.

Memang dalam kenyataan tersebut, pengerusi SPAD mengatakan bahawa ianya akan dikaji tetapi seperti yang telah sudah,  tuntutan seperti ini akan mendapat perhatian kononnya situasi menang dan menang atau win win situation akan digunapakai. 

Kalau digunakan situasi tersebut maka tuntutan sebanyak 30% akan menjadi 15% dan ianya masih lagi naik sebanyak 5% dari kadar yang telah diberikan selama ini.

Adakah benar dakwaan pengendali bas ekspress bahawa mereka mengalami kerugian dan ini adalah masa untuk mereka mengaut keuntungan?

Sangkakala tidak nampak kebenarannya disitu kerana dulu Sangkakala juga pernah mengendalikan bas ekspress bersama sama pakcik saudara Sangkakala. 

Baik, disini Sangkakala akan terangkan mengikut kadar semasa tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kangar (tambang transnasional).

Dewasa RM 44.50
Kanak kanak RM 34.20

Bas 40 penumpang perlu mengira pendapatan bas selama setahun kerana jika dikira pendapatan bulanan memang akan melihatkan bahawa mereka akan kurang mendapat keuntungan.

1 tahun = 365 hari.

Jumlah hari cuti dalam Malaysia dan jadual bas yang sentiasa penuh.

Sabtu dan ahad 104 hari
Hari raya puasa 14 hari (sebelum dan selepas)
Hari raya haji 3 hari (sebelum dan selepas)
Tahun baru cina 14 hari (sebelum dan selepas)
Deepavali 3 hari ( sebelum dan selepas)
Kristmas 3 hari (sebelum dan selepas)
Lain lain cuti 14 hari

Jumlah cuti setahun 155 hari yang bas sudah pasti penuh.

Pendapatan pada hari cuti dan kelepasan am
Tambang dewasa RM 45.50 x 30 x 155 hari = RM 211'575.00
Tambang kanak kanak RM 34.20 X 10 X155 hari = RM 53'010.00
365 hari - 155 hari =210 hari (hari biasa)

Tambang dewasa RM 45.50 × 20 x 210 hari = RM 191'100.00
Tambang Kanak Kanak RM 34.20 x 5 x 210 = RM 35'910.00

Jumlah Pendapatan hari biasa = RM 227'010.00
+Jumlah pendapatan hari cuti =RM 264'585.00

Jumlah pendapatan kasar RM 491'595.00

Kos perbelanjaan bagi setahun perjalanan bas pula begini..

Diesel RM 400 x 365 hari = RM 146'000.00
Tol RM 200 x 365 hari = RM 73'000.00
Pemandu RM 400 x 365 hari = RM 146'000.00
Lain lain setahun RM 50'000.00

Jumlah kos RM 415'000.00


Jumlah pendapatan RM 491'595.00
Tolak kos RM 415'000.00

Jumlah pendapatan bersih RM 76'595.00

Itu pendapatan bagi sebuah bas dan jika seorang pengusaha mempunyai 10 buah bas ekspress maka pendapatan beliau mencecah ke RM 765'950.00

Jika ditambah dengan 10% semasa musim perayaan, maka pendapatan untuk sepanjang tahun seorang pemilik atau pengusaha bas mampu memperolehi pendapatan mencecah ke angka RM 800'000.00 setahun.

Jadi disini Sangkakala nak tanya, dimana kata rugi tu? Kalau pendapatan boleh mencecah hingga RM 800'000 dibahagi dengan 12 bulan maka sebulan pendapatan bagi seorang pengusaha bas purata sebanyak RM 66'666.66.

Dan jika pengusaha tersebut tidak mempunyai 10 buah bas ekspress dan Sangkakala ibaratkan mereka mempunyai 3 buah bas, maka pendapatan mereka sebulan sebanyak RM 19'999.89.

Adakah itu masih lagi dikira rugi? Hingga mereka masih meminta kenaikan lagi? Kepada kerajaan, jangan bebani rakyat sehingga satu masa rakyat mengatakan bahawa ssudahsampai masanya penukaran kerajaan dilakukan.




2 comments:

bekas abu said...

Pru13 adalah peluang terakhir rakyat berikan peluang kepada UMNO untuk memerintah di malaysia, dengan kuasa ALLAH, kini UMNO berkuasa penuh dalam pentadbiran negara, mengapa tidak digunakan kuasa yang ada untuk menegakkan hukum ALLAH, hukum Hudud yang sepatutnya dilaksanakan oleh pemimpin Islam, Tun Faisal, cadangkanlah pada orang atasan anda yang jadi MP supaya cadangkan di parlimen bila bersidang nanti, insyaallah di masa itu melayu pas,pkr dan umno yang Islam pasti menyokong dan bersatu. insyaallah ALLAH akan membantu kerajaan BN setelah hukum ALLAH di guna pakai di dalam sistem perundangan.hukum ALLAH ini tidak perlu digubalkan tetapi harus dilaksanakan.sekarang ini adalah masanya.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Pas bukan nak laksanakan hudud pun; sebab tu Pas sokong PR, sbb PR tolak hudud. Ulama2 di Malaysia dan Pas pun dah sepakat hudud belum sesuai dilaksanakan dan hudud hanya 0.01 % dari keseluruhan syariat Islam. Daripada Pas terus jadi `kafir' dalam PR, lebih baik jadi `kafir' dalam BN, 98% syariat juga UMNO dan BN telah tegakkan di Malaysia ni. Nak harap sosialis dan sekularis mcm DAP? memang x de dalam perlembagaan dan manifesto DAP pun

Popular Posts