Wednesday, March 20, 2013

Anwar ketuai senarai pemimpinPR lompat kawasan #MPmalas #katak #TolakPR


Nota - masih ingat senarai ahli YB PR yang malas dan tak jaga kawasan?










TERKINI! ANWAR & SENARAI PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG AKAN LOMPAT KAWASAN DI PRU13!!

Rupa-rupanya bukan Lim Kit Siang DAP sahaja yang akan melompat ke kawasan baru iaitu Gelang Patah, Johor. Sebelum ini beliau dari Ipoh Timur, Perak.


Ramai lagi yang didakwa akan 'lari' dari kawasan masing-masing!

Media melaporkan bahawa Setiausaha Agung PKR ,Saifuddin Nasution akan bertanding di Kulim Bandar Bharu, Kedah. Sekarang beliau merupakan ahli Parlimen Machang, Kelantan.

Manakala jejaka berwajah lembut, Pengarah Stratejik PKR Rafizi Ramli pula dikatakan akan bertanding di Pandan,Selangor,

Rakan blogger KedahkeKL pula melaporkan bahawa 'Mat Sabu kini dah bersedia untuk bertapak di Pendang. Hinggakan baru-baru ini Mat Sabu telah menyewa sebuah rumah di Pendang'. Baca Sini

Baru-baru ini Pemuda Pas Perak mendakwa bahawa Nizar Jamaluddin juga akan 'lari' dari Pasir Panjang ke Changkat Jering.

Yang terbaru pula ialah Anwar Ibrahim!
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor. 
Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh. 
Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi. 
"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor. 
"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini. 
Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah. 
Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.
Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu. 
"Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia. 
"Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi. 
Sementara itu, pada sidang media sama, Awnar turut mengumumkan lima calon PKR yang bakal bertanding di Sarawak. 
Mereka terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram), Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar). - SINAR

Tindakan Anwar Ibrahim yang 'melarikan diri' daripada kubu kuat beliau itu menimbulkan pelbagai tandatanya. Soalan pokok ialah apakah kiraan beliau akan kalah di Permatang Pauh?

Apakah beliau gagal menjalankan tanggungjawab beliau di kawasan parlimen tersebut selama ini sehinggakan beliau terpaksa 'melarikan diri' ke kawasan lain?

Jika jawapannya ya, tindakan beliau 'melarikan diri' ke kawasan yang lebih selamat dilihat sebagai menguatkan lagi petanda kekalahan pakatan pembangkang di PRU13 nanti. Ianya juga akan menjatuhkan semangat jentera parti pembangkang.

Yang juga menjadi persoalan sekarang ialah jika Anwar berpindah ke Perak atau pun Selangor, apakah beliau akan hanya bertanding di kerusi Parlimen sahaja atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kedua-duanya sekali?

Dan jika termasuk kerusi DUN, apakah Anwar bercadang untuk memegang jawatan tertinggi kerajaan negeri itu JIKA pakatan pembangkang menang negeri tersebut memandangkan impian beliau ingin menjadi PM semakin tipis?

Atau kenyataan Anwar Ibrahim hanya sekadar test market dan diversion supaya rakyat tidak mengikuti perkembangan peristiwa berdarah di Sabah yang dikaitkan dengan pakatan pembangkang dan gambar-gambar kontroversi yang dikaitkan dengan beliau?

Anda baca artikel menarik tentang gambar-gambar kontroversi tersebut : KLIK SINI

No comments:

Popular Posts