Wednesday, February 1, 2012

Ukay Bistari: Ahli Parlimen PR, Azmin Ali GAGAL tunai amanah rakyat #MPmalas


Penduduk tidak lupa `jasa' Azmin

[Nota; Ramai wakil rakyat PR yang berperangai seperti ini. Misalnya, Khalid Samad yang pernah dikritik penduduk Seksyen 23 bila tidak peduli suara mereka tentang pemindahan kuil. Kalau setakat nak menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri sebab nak buat sarkis kat Parlimen, DUN atau berdemo sana sini, eloklah tak payah jadi wakil rakyat. Ikuti laporan blogger Cucu Tok Selampit yang mengikuti perkembangan isu ini sejak lama dulu. Azmin memang GAGAL. PR memang hancus!]



Gambar Penyerahan Kunci Taman Ukay
Bistari Yang Bakal Menyebabkan YB Azmin
Ali Terkedu

CTS sebelum ini pernah membuat posting mengenai cubaan Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali yang cuba untuk menjadi hero di Twitter sebaliknya dibelasah teruk oleh seorang penduduk yang kebetulan merupakan pengikutnya di Twitter (baca di sini). 


YB Azmin Ali bukan sahaja gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil Rakyat, sebaliknya beliau juga gagal mengambil peluang untuk meraih nama dan kredit di atas usaha yang dibuat UMNO Selangor di bawah kepimpinan DS Noh Omar.

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat penduduk-penduduk di Ukay Bistari apabila upacara penyerahan kunci telah dilakukan setelah mereka telah mengalami pelbagai kesukaran di dalam mendapatkan rumah mereka sejak beberapa tahun. CTS memetik kata-kata di dalam blog DS Noh Omar (baca di sini) seperti di bawah:




Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Secara ringkasnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada para penduduk Taman Ukay Bistari yang telah berjaya mendapat rumah mereka selepas projek ini tertunda agak lama Saya ingin mengulangi kenyataan saya baru-baru ini bahawa ini bukanlah satu agenda Barisan Nasional untuk memancing undi tetapi sebagai satu tanggungjawap yang harus ditunaikan selaras dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Suka saya menegaskan disini bahawa antara manifesto Barisan Nasional Selangor pada PRU akan datang adalah memberi fokus kepada kemiskinan bandar. Sebagai contoh bilamana saya di dalam program walkabout saya melihat banyak pembelaan perlu diberikan kepada penduduk dikawasan perumahan flat kos rendah.

Noh Omar 

Reputasi YB Azmin Ali sebagai Wakil Rakyat di situ sudah hancur. Beliau hanya pandai berretorik dan pandai berpolitik tetpi gagal menyelesaikan masalah Rakyat. Hampeeh betul!





No comments:

Popular Posts