Tuesday, October 30, 2012

Calon: @KhairyKJ - Pemuda tidak tuntut peratus calon pemuda; tidak semua kawasan sesuai umum awal



Mesyuarat Exco…..Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ceria menjawab pertanyaan media ketika sidang media berlangsung sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato' Onn Selasa petang.-Foto:MediaUMNO


Pemuda UMNO setuju BN umum calon PRU lebih awal di kawasan tertentu....
http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/pemuda-umno-mahu-bn-umum-calon-pru-lebih-awal-di-kawasan-tertentu.html


Ada dua perkara penting dalam sidang media selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC petang Selasa. Pertama, ketuanya Khairy Jamaluddin mengumumkan keputusan sebulat suara Pemuda UMNO mendesak kerajaan tangguh perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang jadi rungutan ramai dan kedua pihaknya berharap pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Umum ke 13 lebih awal boleh dipertimbangkan bagi kawasan tertentu tetapi bukan setiap kawasan.

Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa bukan setiap kawasan bersedia untuk diumumkan calon awal disebabkan faktor dalaman dan sebagainya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kawasan tertentu dimana pada pendapat pimpinan parti calon-calon berkenaan dilihat boleh diterima oleh kebanyakkan masyarakat dan juga BN maka tidak menjadi masalah untuk diumum lebih awal.

Menurut beliau, pengumuman calon itu tidak terlalu lama sebelum pilihan raya, ianya mungkin boleh diumumkan dua minggu atau sebulan lebih awal.

Kata Khairy, “kalau ada risiko masalah dalaman parti perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum umumkan calon, hanya kawasan-kawasan yang tidak ada masalah sahaja diumum lebih awal.”

Ditanya samada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat tuntutan jumlah calon muda ditonjolkan pada PRU akan datang, Khairy berkata, “kita minta tapi tidak tuntut peratusan atau jumlah sebab yang lebih penting penilaian 'winnerable candidate' daripada Pengerusi BN.”

“Kita minta lebih daripada jumlah sebelum ini tetapi akhirnya penilaian perlu dibuat oleh pucuk pimpinan parti,” tambahnya.

Menjawab soalan tentang persiapan pemuda negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, Khairy menerangkan tumpuan terkini pada Lapuran Ketua Audit Negara yang melibatkan isu-isu penyelewengan oleh negeri-negeri dikuasai pembangkang.

Beliau meminta pimpinan pemuda negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor memberi tumpuan dengan menonjolkan isu-isu tersebut dengan membuat lapuran polis, SPRM dan sidang akhbar supaya dapat memberi tekanan agar rakyat tahu terdapat banyak penyelewengan telah berlaku di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang itu.

Bagi menarik minat pengundi muda menyokong BN dalam PRU akan datang, Khairy bersetuju agar beberapa tawaran penting diberikan pada golongan muda selain faktor 'winnerable candidate' dan tidak sabotaj parti.

“Perlu ada tawaran yang 'special' untuk pengundi muda, saya sarankan kepimpinan BN setiap negeri menawarkan sesuatu khas untuk pengundi muda dalam manifestonya sebagaimana belanjawan Perdana Menteri dimana ada beberapa program khas untuk orang muda,” katanya.

“Dalam manisfesto kita mesti ada komponen yang khas untuk orang muda lebih-lebih lagi negeri yang kita kalah yang mana pengundi muda menjadi penentu bagi kejayaan negeri tersebut,” tambah beliau.

Sebelum itu Khairy mengumumkan keputusan sebulat suara mesyuarat Exco Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendesak kerajaan untuk menangguhkan dan mengkaji semula perlaksanaan penggunaa AES kerana terdapat banyak rungutan orangramai.

Menurut Khairy, terdapat banyak rungutan orang awam mengenai lokasi kamera tersebut tidak mencerminkan keberangkalian berlakunya kemalanagan seperti kawasan hitam atau tidak selamat.

“Ada juga yang anggap kedudukan kamera itu tidak praktikal dari had lajunya dan jarak kamera yang terlalu dekat dengan kawasan terlalu mudah melepasi had laju,” katanya.

Pada kesimpulannya, Kata Khairy, “terlalu banyak kelemahan pada sistem tersebut, bukan tidak setuju kerana pada dasarnya adalah satu ssistem yang baik tetapi sebulat suara supaya tuntut dan mendesak kerajaan persekutuan supaya menangguhkan perlaksanaan AES ini dan kaji semula.”

Beliau berharap mesyuarat jemaah menteri akan datang supaya dapat membincangkan isu tersebut dan mengeluatkan keputusan atas permintaan serta desakan Pemuda UMNO.

Mesyuarat itu juga Khairy mengumumkan Pergerakan Pemuda UMNO dengan sukarela akan membantu dalam proses pendaftaran penerima BR1M kepada golongan bujang yang tidak tersenarai sebagai penerima BR1M pertama.

Menurut Khairy setiap pemuda bahagian akan diagihkan lebih 2000 borang di mana 'Skuad Utusan Pemuda' akan turun ke bawah seperti kawasan kilang dan tumpuan ramai golongan muda untuk mengagihkan borang.

“Sekiranya perlu kita akan kutip borang itu untuk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memudahkan proses. Pemuda UMNO akan mainkan peranan yang proaktif kearah membantu orang muda bujang untuk daftar sebagai penerima BR1M 2.0 itu,” ujarnya.-30/10/2012 OLEH LUKMAN ABDULLAH

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.
Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.
“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.
“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.
“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.
“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.
“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.
Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.
“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.
“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.



4 comments:

Anonymous said...

Baguslah barisan pemuda Umno dibawah Pengerusi PUNB yang hebat bermesyuarat berbincang dan membentangkan perihal pencalonan wakil2 pemuda dan bakal2 calon pemuda dalam PRU13 nanti. Ada baiknya semua ajk pusat dicalonkan nanti, agar semua bergelar YB2 dan pejuang2 agama bangsa dan negara!

Hebat, memang hebat barisan pemuda2 YB ketua pemuda UMNO dan ketua2 biro pelbagai biro. Semua bakal bergelar YB tidak lama lagi.

Namun, yang paling hebat dan terunggul adalah kehebatan dan keberanian barisan pemuda yang telah bertungkus lumus untuk MEMBISU seribu bahasa kebelakangan beberapa tahun bulan dan hari, apabila pelbagai isu dan kemelut membabitkan agenda dan kepentingan melayu yang ditekan ditindas dan dinafikan hak2 dan peluang dek kerana dilahirkan sebagai bangsa melayu.

Mana suara Pemuda apabila peniaga2 melayu dianaktirikan sendiri oleh GLC2 seperti UDA, Petronas dsb?

Mana suara dan kelibat Pemuda apabila bangunan gah negara seperti KLCC, tetapi peniaga2 Melayu dihalau keluar tanpa sebab. Di mana Pemuda untuk terkehadapan membela maruah dan mertabat bangsa melayu dihina sedemikian rupa.

Oh ketuanya sibuk dengan debat2 canggih dan urusan PUNB, dan jika ada isu2 yang menimpa peniaga2 melayu di gedong2 membelibelah ikon dan mega, tak payah pedulilah, kerana bagi barisan pemuda2 UMNO yang hebat2 dan bakal2 calon sekarang, melayu hanya layak menjadi usahawan gerai tepi jalan.

Baca lah blog2 seperti dinturtle.blogspot.com dan banyak lagi wahai pemuda2 gagah perkasa, dan sedarlah bahawa perahu kamu telah semakin tersasar.

Tahniah kepada semua bakal2 calon dari Pemuda.

Anonymous said...

ada. lain kali baca lah apa yang diperjuangkan oleh pemimpin pemuda. jangan sebab kita tak baca, kita rasa ia tak diperjuangkan. semaklah kenyataan ketua pemuda seputeh, bukit bintang, exco pemuda yang membela rakyat, turun ke jalanan membela orang miskin dan gelandangan.

Anonymous said...

Hehe, boleh cakap la ada, tapi mana suara2 desakan Pemuda yang memperjuangkan kepentingan Melayu secara nasional dan menyeluruh?

Mana suara2 Pemuda menuntut hak walaupun 30% penyertaan Bumiputra dalam projek2 GLC, ada? Dalam ekonomi? Dalam peruncitan?

Ada ke suara2 lantang, menyeru Kerajaan membantu usahawan Bumiputra menghadapi persaingan dan halangan menjalankan perniagaan, ada?

Boleh cakap le ada, boleh masuk le dalam akhbar konon berjuang membekal air dari lori tangki, berjuang konon air empangan kering dan ambil gambar bersama empangan, tapi yang langsung menyentuh hak melayu, ada?

Kalau ada, kenapa tiada laporan? Boleh cakap le, dan mungkin ada bergambar, tapi apa susulan dan kesudahan?

Takat mengejar PC setiap minggu, tak payah le kata ada!

Anonymous said...

Seputeh, bukit bintang?

Pkns, klcc, penang? Mana suara Ketua Pemuda Khairi? Setakat suara pemuda cawangan, bahagian, siapa nak dengar.

Kalau Kedutaan Amerika pun sanggup panjat pagar nak pejuang Islam, apasal tak sanggup panjat menara KLCC, Komtar kalau Melayu disepit?

Berapa persen peniaga Melayu kat KLCC? Anda tahu? Anda megah dengan KLCC? Aku ingat Tun pun malu, dia buat cantik2 akhirnya Melayu yang berniaga kat situ hanya 5%, kat PKNS semakin tertindas, kat Penang mana tempat melayu berniaga dalam mall?

Dah bangga ke Pemuda dengan 5%? cuba pemuda seputeh pi tanya kat Petronas betul ke 5%? Pasai apa suruh seputeh, pasai KJ tak ambil hal le, takut Cina kecik hati.

Aku tak dengar 10 seb pun Pemuda UMNO komen pasal peniaga melayu kebanggaan hangpa. Takpe, 5 perseeen dah cukup la, nanti tak jadi calon pulak!

Popular Posts