Wednesday, October 17, 2012

Audit: Kerugian dan liabiliti meningkat, PR Selangor gagal tadbir UNISEL #ubahSgor



Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati secara keseluruhannya, prestasi kewangan PIYSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai, kerugian terkumpul dan jumlah liabiliti PIYSB telah meningkat pada tahun 2010 berbanding tahun 2009

KETUA AUDIT SAHKAN KEWANGAN, PENTADBIRAN UNISEL BERMASALAH!!!

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk aktiviti pengurusan syarikat kerajaan negeri Selangor mengesahkan kepincangan aspek kewangan termasuk urus tadbir korporat Universiti Selangor (Unisel) di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Laporan itu menyebut bahawa prestasi kewangan universiti berkenaan tidak memuaskan, audit dalaman yang gagal berfungsi termasuk Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan.

Turut dinyatakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Unisel tidak dijalankan seperti syarikat-syarikat lain, malah Piawaian Prosedur Operasi (SOP) universiti itu tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) adalah sebuah syarikat subsidiari Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dengan pegangan saham 100 peratus dimiliki oleh kerajaan negeri yang dipertanggunjawabkan untuk menguruskan Unisel.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati secara keseluruhannya, prestasi kewangan PIYSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai, kerugian terkumpul dan jumlah liabiliti PIYSB telah meningkat pada tahun 2010 berbanding tahun 2009," memetik laporan berkenaan.

Unisel sebelum ini dipalitkan dengan masalah kewangan ekoran gagal menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Malah kebajikan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi itu didakwa diabaikan kerana kurang penyelenggaraan bahagian asrama termasuk tidak diberikan kunci.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mengakui bahawa kerajaan Selangor tidak mampu menjelaskan hutang kos penyelenggaraan Jana Niaga Sdn Bhd (JSNB) melibatkan operasi asrama.

Khalid juga menjelaskan kelewatan pendedahan laporan audit kewangan Unisel disebabkan banyak perkara perlu diperbetulkan oleh kerajaan negeri berikutan laporan itu tidak didedahkan hampir lima tahun.

Justeru pihak audit mengesyorkan PIYSB supaya mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat.

"Ahli Lembaga Pengarah PIYSB perlu sentiasa memantau prestasi kewangan syarikat untuk mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat serta memastikan syarikat mematuhi peraturan Kerajaan Negeri serta Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat Malaysia."

Lembaga Pengarah PIYSB terdiri daripada 10 ahli iaitu Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Exco Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Peguambela/Peguamcara, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Banking And Finance Institute Malaysia dan dua orang ahli korporat.

Syarikat ini diketuai oleh Presiden atau Naib Canselor dan dibantu oleh 413 orang kakitangan akademik dan 405 orang kakitangan pentadbiran.

SUMBER: Antarapos


1 comment:

Anonymous said...

baru je tadbir berapa tahun dah heboh satu kampung cerita.Beend yang bertahun2 rugi berbillion apa cerita?Ko tutup mata ke?Kenapa ko highlight kan Unisel?Tak tengok laporan audit negara ke?

Popular Posts