Tuesday, September 4, 2012

Edisi #Kantoi : @AnwarIbrahim akui #kantoi salahkan UMNO kerana kes bilik dicerobohi?



[KANTOI!] : Staff Sendiri Sahkan Dia 'Ceroboh' Bilik Anwar Ibrahim, Tapi UMNO Yang Salah?



Tempoh hari sebaik sahaja berita mengenai bas milik Anwar Ibrahim diserang, kita dihebohkan dengan satu lagi berita di mana bilik Anwar Ibrahim didakwa dipecah masuk oleh pihak tertentu, ekoran daripada insiden tersebut Ketua Angkatan Muda Keliru (AMK) Kelantan, mahu pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan tegas.

Namun menurut maklumat daripada paparan emel yang dikirimkan kepada saya, tiada kejadian pecah masuk atau pencerobohan berlaku, jauh sekali cubaan mahu mencederakan Anwar Ibrahim sebagaimana digembar-gemburkan blog-blog pembangkang.

Sebaliknya bilik Anwar Ibrahim 'diceroboh' oleh orang PKR sendiri dengan bantuan pihak 'security' hotel tempat Anwar Ibrahim menginap. Malah individu tersebut menghantar emel kepada Anwar Ibrahim memohon maaf dan membuat penjelasan tentang perkara sebenar yang berlaku :

Sebelum meneliti paparan emel yang dikirim kepada saya , baca sekali lagi laporan akhbar pada hari kejadian :


Perghh... bang Nuar diancam siuttt, kesian bang Nuar kan?

Tetapi apakah yang sebenarnya berlaku, siapa yang 'menceroboh' bilik penginapan Anwar Ibrahim? Paparan emel yang dikirimkan kepada saya merupakan bukti kukuh dan mampu merungkai misteri di sebalik 'pencerobohan' yang berlaku :


Jadi nampaknya pihak Ketua AMK Kelantan perlu mendesak pihak berkuasa supaya Abdul Rahman Yusof dan 'security' hotel dikenakan tindakan tegas sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan :
"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," - kata Azihan Che Seman kepada Sinar Harian
Kenapa Anwar Ibrahim atau Ketua AMK Kelantan Azihan sendiri tidak keluarkan kenyataan menerangkan perkara sebenar bagi memperbetulkan semula kenyataannya yang tersiar dalam Sinar Harian?

Sudah tentu Anwar Ibrahim melihat isu tersebut mampu membuatkan pengikutnya bimbang manakala rakyat yang lain berasa simpati kerana dirinya selalu berdepan dengan ancaman.

Melihat kejadian yang berlaku ke atas bilik penginapan Anwar Ibrahim, tidak mustahil juga bas yang dibaling batu dan cat merah merupakan kerja dalaman AMK sendiri.

Alahai.. totok-totok dan cai pembangkang hidup-hidup kena kencing!

Hahaha...!

YY : Bahasa mudah faham, sendiri ceroboh bilik, sendiri beli cat, sendiri siram. Tapi UMNO yang buat, UMNO yang salah!

No comments:

Popular Posts