Thursday, August 16, 2012

[Video] Pemuda UMNO, #MajlisBeliaPutrajaya prihatin nasib gelandangan dan miskin bandar


Tengku Azman menyampaikan beras dan berjanji akan menghantar 3 kampit beras setiap bulan untuk keperluan keluarga Pn Norisah seramai 15 orang di rumah yang daif ini


[Video] Prihatin Pemuda UMNO Kepada Gelandangan Di Tengah Ibukota KL


Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dengan kerjasama Majlis Belia Putrajaya, Yayasan Salam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah memberi bantuan kepada gelandangan di sekitar Chow Kit Road malam tadi.

Seramai 30 orang sukarelawan daripada 4 buah agensi telah terlibat dalam program tersebut. Turut hadir dalam program bersama gelandangan malam tadi, Pengerusi SHEB, Tengku Azman dan Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz. 

Gabungan 4 buah agensi ini telah memberi sumbangan berupa makanan, kain batik, kain pelikat dan duit raya kepada kira-kira 100 orang gelandangan di sini malam tadi. Sejurus selepas itu, para sukarelawan telah ke rumah Puan Norisah Abu Bakar di Kampung Periuk, Dang Wangi untuk memberi sumbangan keperluan asas.

Puan Norisah, 59 tahun sekarang ini sedang mengasuh 9 orang cucu angkat di Kg Periuk, Dang Wangi. 8 orang daripada anak yang dijaga merupakan anak kepada Zarina Zainal (anak buah) yang sekarang ini berada di Pusat Serenti Bachok. Melihat akan kesengsaraan anak-anak Zarina, Puan Norisah dengan rela hati mengambil anaknya untuk dijaga yang mana 3 daripadanya tidak bersekolah berikutan kesusahan hidup.
baca seterusnya di portal PjO ------> PUTRAJAYA ONLINE





No comments:

Popular Posts