Thursday, April 12, 2012

[Video] @KhairyKJ - Janji PR #mansuhPTPTN tindakan desperate dan tidak bertanggungjawab



Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional Capai 
Matlamat – Khairy

Oleh : Azman Abas
http://umno-online.com/?p=58340


KUALA LUMPUR 11 April – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencapai objektif.


Menurut beliau persidangan berkenaan telah menghasilkan resolusi yang terbaik dalam mencari satu mekanisme berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


“Pemuda kalau nak senang kerja dan mengejar populis boleh sahaja kita penggil satu mesyuarat Exco dan minta dihapuskan PTPTN…Tetapi kita bukannya mahukan populis tetapi melihat perkara itu secara realistik.


“Atas dasar itu, kita jemput mahasiswa dan pihak PTPTN serta NGO untuk duduk bersama dalam rundingan meja bulat ini dan sama-sama mengeluarkan pendapat serta pandangan untuk kebaikan bersama.


“Alhamdulillah…..hari ini saya telah menerima resolusi berkenaan dan insyaallah saya akan bawa perkara yang dicapai sepanjang persidangan meja bulat ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada kerajaan,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Hotel Vistana, di sini, hari ini.


Terdahulu sebelum itu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN menerima resolusi hasil rundingan meja bulat berkenaan daripada  wakil mahasiswa, Wan Hazman Wan Yusof.


Khairy seterusnya menambah apa yang diutarakan oleh pembangkang untuk menghapuskan PTPTN itu adalah lebih kepada janji manis dan cadangan yang tidak realistik berbanding dengan apa yang dihasilkan menerusi rundingan meja bulat itu.


“Antara yang kita usulkan ialah daripada sudut pinjaman, aspek pembayaran dan beberapa aspek lain dalam usaha memastikan  PTPTN terus dipertahankan kewujudannya bagi menjamin kelangsungan agenda pendidikan dan pembangunan negara.


“Inilah usaha kita untuk melihat dan mencari beberapa mekanisme yang terbaik dan bukannya bersikap hipokrot dan populis sepertimana pembangkang. Meja rundingan seperti inilah antara cara kita selesaikan masalah dan bukannya secara emosi.


“Janji manis dan cerita dongeng yang datang daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata mahu memenangi hati pengundi muda yang sekarang ini nampak kecenderungan mereka kepada BN.,” katanya.


Dalam ucapannya itu juga Khairy turut meminta pembangkang yang hari ini melaung-laungkan janji untuk menghapuskan PTPTN itu agar melaksanakannya di negeri yang dikuasai mereka.


“Jangan hanya sekadar dabik dada….Mereka boleh mulakan di Selangor dan Kedah yang ada UNISEL dan KUINS.Hapuskan segala yuran dan berikan pendikan percuma.Buktikan dan jangan hanya sekadar cakap. Lagipun mereka dakwa reserve Selangor tinggi,” katanya.

No comments:

Popular Posts