10-11 APRIL 2012
SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SESI SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA KAMI AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK FUNGSINYA BAGI PENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
DARI ITU KAMI BERPENDAPAT
DARI ASPEK PINJAMAN
1. MEJABULAT MENCADANGKAN BAYARAN PERKHIDMATAN 1% YANG DIKENAKAN KEATAS PEMINJAM PTPTN DIMANSUHKAN
2. BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN KOS PENGURUSAN PTPTN MEJABULAT MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN MENYEDIAKAN DANA DIBAWAH PERBELANJAAN MENGURUS TAHUNAN ATAU MENDAPATKAN TAJAAN DARIPADA GLC DAN SYARIKAT-SYARIKAT UTAMA DALAM NEGARA
3. SKIM INSENTIF PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA BIASISWA YANG DI BERIKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG HENDAKLAH DIHENTIKAN ATAU DIKAJI SEMULA MENGGUNAKAN MEKANISMA YANG LEBIH RASIONAL BAGI MEMASTIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA PEMINJAM DISAMPING MENGELAKKAN HAKISAN DANA PTPTN YANG BERKONSEPKAN PINJAMAN
4. KEMUDAHAN PINJAMAN PTPTN JUGA HENDAKLAH DIPANJANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DILUAR NEGARA KHASNYA DITIMUR TENGAH
5. PINJAMAN BAGI PEMINJAM DARI SABAH DAN SARAWAK UNTUK BELAJAR KE SEMENANJUNG DAN SEBALIKNYA HENDAKLAH MELIPUTI HARGA TIKET PENERBANGAN 2 KALI SETAHUN
DARI ASPEK PEMBAYARAN
6. ROMBAKAN TERHADAP SISTEM BAYARAN BALIK PINJAMAN HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT :
1. BAYARAN PINJAMAN MULA DIBUAT APABILA PEMINJAM TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 6 BULAN ATAU TELAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM3000 KEATAS YANG MANA TERKEMUDIAN BAGI MENJAMIN TEMPOH KELEGAAN PEMINJAM.
2. KAEDAH BAYARAN BALIK HENDAKLAH DIKAJI SEMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA MEKANISMA PEMBAYARAN SEPERTI KWSP DAN LHDN DISAMPING KEMUDAHAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM E-PAYMENT SEDIA ADA.
3. INSENTIF PELEPASAN CUKAI DIPERKENALKAN KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN YANG BERSEDIA MENJELASKAN BAYARAN PTPTN PEKERJA MEREKA.
4. KAEDAH MENYENARAI HITAM PEMINJAM YANG MENYEBABKAN KEBEBASAN PEMINJAM SEPERTI URUSAN KELUAR NEGARA ATAU MEMBUAT LAIN-LAIN PINJAMAN HENDAKLAH DIMANSUHKAN.
DARI SEGI TABUNGAN SSPN
7. KERAJAAN HENDAKLAH MENYALURKAN DANA RM 100 YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH TERUS KEPADA PTPTN BAGI TUJUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN
DARI ASPEK KOMUNIKASI
8. PEMINJAM DAN PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN UPACARA AKAD UNTUK MEMASTIKAN PEMINJAM SEDAR BAHAWA PINJAMAN PTPTN PERLU DIBAYAR SEMULA
9. PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN PROMOSI DAN MENYEBARLUAS SEGALA MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PEMINJAM DAN MASYARAKAT AGAR KEFAHAMAN TERHADAP FUNGSI DAN KEDUDUKAN PTPTN DAPAT DIFAHAMI
10. PTPTN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SECARA MAKSIMA MEDIA BARU AGAR SEGALA AKTIVITI PROMOSI DAN PENYEBARLUAS MAKLUMAT AKAN LEBIH BERKESAN
11. PTPTN PERLU BERSEDIA UNTUK MENYEDIAKAN PINJAMAN BAGI SARA HIDUP SEANDAINYA KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 comments:
syabas. tambahan terhadap reptsolusi mejabulat ptptn; benefisari utama ptptn adalah para pemilik ipts yg mengenakan yuran pengajian yg tinggi bagi tujuan keuntungan berganda dan penggajian yg lukrutif. purata 60% pendapatan dari yuran ipts adalah dari pinjaman ptptn para pelajar. tidak kurang dpd 4 ipts telah disenarai di bursa saham kl. ptptn mestilah menghadkan siling yuran pengajian bagi setiap bidang dan bukan utk 100% pembiayaan. setiap ipts dimestikan ada deposit tetap dgn ptptn. MQA dan ptptn mesti mensyaratkan kelayakan boleh berjaya dlm kursus berkenaan yg lebih meyakinkan, bukan sekadar kelayakan minima mengikuti kursus.
kenapa baru sekarang pemuda umno nak suarakan cadangan sebegini?kenapa hanya selepas pembangkang yang membawa idea pemansuhan kos ptptn?bukankah pemuda umno harus mempertahankan dan menerangkan dasar2 kerajaan dan bukan terus membebankan kerajaan dengan cadangan pemansuhan kos 1% tersebut?malah selepas pemansuhan kos 1%, kerajaan juga terpaksa menanggung ptptn sepenuhnya....bagi saya kos 1% tersebut adalah relevan untuk kos pengurusan operasi ptptn...boleh kah pemuda umno memberi jaminan bahawa selepas pemansuhan kos 1% ini pembayaran balik akan berjalan lancar dan tidak ada lagi yang "lari" dari membayar..
Pemuda UMNO sentiasa berbincang dgn PTPTN utk perbaiki perkhidmatan PTPTN; sbb itu dulu kita dpt turunkan dr 4% ke 1%. Kali ini, Pemuda UMNO rasa perlu libatkan lebih ramai pihak spy ada dialog dua hala antara peminjam dan PTPTN. Alhamdulillah dari ramai yang salah faham dan dari PTPTN rasa apa yg dibuat semuanya tidak menimbukan masalah, skrg kedua2 pihak dpt cari penyelesaian menang-menang :)
Post a Comment