Monday, March 5, 2012

#BNYouthMusic - Satu lagi produk pilihan orang muda Pemuda BN @KhairyKJ



Nota: Produk-produk Pemuda BN - BN Youth Lab, Jelajah 1 Malaysia (JOM), BN Youth Job Fair, BN Youth HOPE, BN Youth YES dan banyak lagi.....

Politik khidmat bakti Pergerakan Pemuda UMNO


Berpandukan 5 Rukun Pemuda iaitu Bersatu, Berprinsip, Relevan, Inklusif dan Proaktif dalam misi menjuarai suara orang muda dan memenangi sokongan generasi muda, Pergerakan Pemuda UMNO/BN telah memperkenalkan: 

Makmal Pemuda atau BN Youth Lab yang menjadi platform untuk generasi muda hari ini meluahkan kegusaran dan menyuarakan pandangan mereka.  Antara isu yang dibangkitkan ialah perumahan, pendidikan, penjagaan anak-anak dan ibu bapa, gaji minimum, pinjaman PTPTN, pinjaman perniagaan dan harga barangan. 

Cadangan Pemuda BN, iaitu Skim Rumah Pertamaku, Dana Belia 1Malaysia dan Majlis Konsultasi Gaji Negara telah disisipkan dalam Belanjawan 2011.  Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) bagi memenuhi keperluan perumahan generasi muda telah turut dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Julai 2011. 

Produk-produk lain;


a.  Sekretariat Hal Ehwal Bandar mendekati warga kota dengan pelbagai program kebajikan dan sosial


b. Biasiswa Pendidikan Pemuda (YES)


c. Festival Muzik Pemuda (BN Youth Music)


d. Biro Aduan Komuniti 


e. Pertandingan Pidato Politik terbuka kepada semua anak muda pelbagai bangsa;


f.  Pentas Patriot bagi menyemai semangat patriotisme dan membuang sikap mendewa-dewakan pengganas komunis


g. Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan telah tampil dengan pelbagai program seperti Jelajah Francais dan MyBiz;


h. BN Youth Home Ownership Expo (HOPE) yang menawarkan rumah-rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Pertamaku serta PR1MA; dan


i. Unit Media Baru bagi menangkis serangan pembangkang dan mengukuhkan suara kita di alam siber, aktiviti 





BN Youth Music Grand Finals Tip Top!

>> SUNDAY, MARCH 4, 2012


Pertandingan BN Youth Music 2011 yang julung kali diadakan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), tiba di pusingan yang terakhir....

Peserta hanya perlu memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional, dan peserta terbaik telah dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik.

Pertandingan ini adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai bakat nyanyian dan tarian untuk menonjolkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik yang kini semakin digemari generasi itu.

Kaedah mencari bakat ini adalah releven dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda mempamerkan bakat mereka.

Syabas kepada Pemuda BN dan pemenang pertandingan BN Youth Music 2012.













No comments:

Popular Posts