Wednesday, March 14, 2012

@AnwarIbrahim batal ke Dubai Public Relation Congress selepas #kantoi 2 kali dengan @KhairyKJ ?

Nota: Ini kali kedua Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memalukan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat. Lagi mau kasi talk di Dubai Public Relation Congress? Hari ni Anwar berhadapan dengan krisis keyakinan. Bukan rakyat Malaysia sahaja mempertikaikan integriti Anwar, malah sebelum ini diberitakan pihak luar dan media asing juga mempertikaikan kejujurannya. Bukankah ini menunjukkan kegagalan Anwar mengendalikan Public Relation?

Agenda Daily

Khairy kilas Anwar mengenai isu keselamatan Israel di Dewan Rakyat

Rabu, 14 Mac 2012 02:58
ROSLI ISMAIL
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/khairy-kilas-anwar-mengenai-isu-keselamatan-israel-di-dewan-rakyat.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Suasana Dewan Rakyat petang Selasa gamat seketika bila Khairy Jamaluddin berentap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu keselamatan Israel dalam interbiunya dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini
Pertikaman lidah berlaku semasa Ahli Parlimen Rembau itu mencelah ucapan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh  ketika membahas titah Diraja.

Ini gara-gara Anwar membangkitkan isu itu dalam perbahasannya dan dilihat cuba membersihkan dirinya dengan mendakwa kenyataan sebenarnya  di akhbar itu diputarbelit oleh media tempatan.

Anwar mengulangi kenyataanya sebelum ini bahawa perkataan 'contingent' yakni bersyarat yang disebutnya bagi jaminan keselamatan Israel itu tidak diberi perhatian dalam laporan media.

Namun Anwar terbelit dengan penjelasannya itu bila Khairy sebaliknya menyifatkan beliau sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada jaminan keselamatan rejim zionis berdasarkan kenyataannya.

Khairy kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Anwar kelihatan begitu emosi bila dipersoalkan begitu hingga kedengaran membebel hal-hal menyentuh peribadi Khairy yang tidak relevan dengan perbahasan mengenai isu itu.

Ramai pemerhati yang melihat perbahasan itu menerusi CCTV di luar dewan tertawa melihat gelagat Anwar seperti orang tenggelam punca.

Usaha Khairy untuk bangun lagi mencelah berbahas dengannya selepas itu langsung ditolaknya.-13/3/2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

njah50 said...

Syabas kepada Khairy. Counter attack yang meyakinkan. Memang begitu sikapnya orang yang apabila dicounter attack dengan kenyataan yang betul, ia akan mula membebel dan mengaitkan dengan hal-hal lain. Syabas Khairy

Anonymous said...

Good one YB Kahiry!

Popular Posts