Politik Pakatan Rakyat berkaitan rasuah?
m/s A14
11 Mac 2012
Apa Yang Pakatan Rakyat Boleh Perkenalkan Tentang Cegah Rasuah?
Chang long Yan/ Akademi kewartawanan & Informasi Taima (AKIT)
Pada tahun 2011 "carta penilaian ketelusan antarabangsa berkaitan rasuah di negara kita" di antara 4.3 markah, di ranking ke-60 berbanding 183 negara; pada tahun 2010 pula, Malaysia mendapat 4.4 markah di ranking 56 antarabangsa; pada tahun 2009 dan 2008 markah yang diperolehi ialah antara 4.5 dan 5.1.
Dari segi markah yang diperolehi, keadaan rasuah negara kita sejak Mac 2008 semakin menurun. Sebenarnya ini menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku? Bagi DAP dan ahli-ahli sekutunya pula, mereka berkata keadaan rasuah di negara kita semakin hari semakin teruk. Angka menurun menjadi senjata kepada DAP untuk menyerang kerajaan BN, kerana bukti ini sudah cukup menunjukkan kerajaan BN tidak mampu atasinya.
Saya lebih pasti, tidak kira sama ada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun Tony Pua Kiam Wee dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, bersungguh-sungguh membangkitkan isu rasuah, tujuan mereka ialah hanya untuk menyesatkan dan membingungkan pendengaran rakyat.
Yang pertama, sebenarnya sumber-sumber rasuah itu datangnya dari sumber yang berbeza-beza setiap tahun, mereka gunakan tahun yang berbeza disusun untuk buat perbandingan itu, ia langsung tidak sesuai.
Yang kedua, ukuran yang diberi tidak ada satu standard dan tidak boleh dipercayai. Standard yang diberi itu menunjukkan standard yang jarang digunakan, ada sesetengah negara yang dinilai hanya berdasarkan dari 3 sumber. Kebanyakan negara, penilaian rasuah dinilai dan diserahkan kepada pemerhati dari luar negara. Dibandingkan dengan negara-negara kurang maju ataupun dibandingkan dengan negara-negara miskin,cara mereka menilaikanya memang begitu.
Kaitan Antara Rasuah Dan Kerajaan Yang Telah Rosak
Yang ketiga, standard menghimpunkan kes dengan tanggapan orang ramai terhadap rasuah itu agak lemah, sebab itu angka-angka yang diberi itu agak banyak kelemahannya.
Saya bukan mengatakan bahawa di Malaysia langsung tiada berlaku rasuah ataupun orang yang melakukan rasuah itu tidak serius. Persoalan saya ialah: pemimpin-pemimpin ini amat membosankan kerana mereka menggunakan angka-angka itu untuk memperdayakan rakyat dan orang ramai, sebaliknya kenapa mereka langsung tidak menilaikan dan memperkenalkan secara baik tentang usaha negara kita untuk kurangkan rasuah?
Memang mereka juga telah perkenalkan sesuatu tetapi tidak diperkenalkan secara baik.
Mula-mula kita lihat apa yang dibanggakan oleh kerajaan Pulau Pinang dengan CAT (bersih, bertanggungjawab dan telus)nya. Tujuan sebenar CAT adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang berkesan, untuk mencapai pengurusan dan pentadbiran yang lengkap dan baik. Apa yang dimaksudkan sebuah kerajaan yang berkesan itu, dikatakan boleh mencapai sebuah kerajaan yang tidak bazirkan duit dari hasil cukai pendapatan rakyat. Sebuah kerajaan yang dikatakan berkesan itu perlu membuat keputusan polisi yang lebih terbuka.
Dari segi tahap pencapaian dan tahap lapisan sesebuah negara, dibandingkan prestasi sesebuah kerajaan yang agak lemah, jika diandaikan menggunakan polisi-polisi yang "berkesan" dan "baik" agak kurang melakukan rasuah ataupun mereka lebih "jujur". Mengikut kajian seorang profesor dari Amerika Eric Uslancer, walaupun rasuah dan kerajaan yang telah rosak itu ada pertaliannya. Yang bermaksud, kerana rasuah akan berlaku kerajaan yang rosak, ia bukan bermakna kerana kerajaan itu rosak maka berlaku rasuah.
Demokrasi Bukan Segala Penawar Untuk Basmi Rasuah
Penulisan Eric Uslancer berkaitan sebuah buku (Corruption, Inequality, dan the Rule of Law), profesor Eric Uslancer berkata, berlakunya rasuah kerana berpunca dari ketidak stabilan dalam keadilan masyarakat yang terjerumus kepada "Inequality Trap", ia hanya perlu pendidikan yang normal pada rakyat untuk atasi sebuah masyarakat yang adil, dan keadaan rasuah akan dapat dikurangkan.
Eric Uslancer berkata sebuah kerajaan yang berkesan mungkin mampu laksanakan polisi yang boleh basmi perkara-perkara itu, tetapi sebuah kerajaan yang berkesan itu tidak bermakna akan dapat kurangkan rasuah, tanggungjawab yang lebih besar ialah pihak kerajaan perlu perluaskan keadilan; dan kerajaan yang bagus itu bukan mudah untuk diperolehi. Dengan itu sebuah kerajaan yang bagus itu akan lebih punyai ruang yang lebih luas untuk mendapatkan syarat-syarat dan menentukan keadilan, beliau menggunakan seorang ahli novel Abad ke-18 bernama Samuel Johnson yang berkata: menikah sekali lagi itu adalah mengharapkan satu kemenangan, bukan untuk dibandingkan dengan pengalaman. Beliau berkata jika jadi sebuah kerajaan yang bagus, akan berlaku banyak kesan-kesan yang lebih positif, dan salah satunya akan berlaku keadilan yang lebih luas.
Eric Uslancer juga berkata, demokrasi itu bukan segala penawar untuk basmi rasuah. Pihak persuruhjaya pilihan raya juga boleh melalui pengikut-pengikut mereka melindungi mereka dalam perhubungan itu; itu adalah apa yang dimaksudkan "jentera politik" di Amerika.
Kelihatan maksud "sebuah kerajaan yang berkesan" Pakatan Rakyat itu, sebenarnya apa yang dikatakan demokrasi yang lebih luas itu langsung tidak membantu dari segi mengurangkan rasuah; adakah itu perlu mengikut cara-cara berdasarkan pengalaman, dan bukan semata-mata asyik beri harapan kepada rakyat, ataupun hanya untuk "diperkenalkan" sahaja?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
kerajaan pembangkang sendiri bergelumang dengan rasuah. bila mereka disasat oleh sprm mereka ujudkan fitnah tidak telus dan pihak berkuasa bertindak tidak mengikut undang-undang dan lain-lain lagi. ini adalah untuk mengabui mata rakyat yang mereka itu tidak rasuah tetapi penganiayaan politik. mereka lah golongan yang tidak bermaruah.
Post a Comment