Friday, February 17, 2012

Rasuah Sut Rasmi: Tanpa siasatan, DAP halal beri kontrak kepada isteri?


Post image for DAP Kata Tidak Salah Beri Kontrak Kepada Isteri

Karpal, Kit Siang bukti amalan nepotisme dalam DAP?



DAP Kata Tidak Salah Beri Kontrak Kepada 
Isteri
by KLXPRESS.NET on FEBRUARY 17, 2012

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming yang didakwa menyalahguna kuasa dalam isu pemberian kontrak menjahit sut rasmi Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dibebaskan daripada sebarang perbuatan salah laku.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata hasil siasatan mendapati tiada bukti menunjukkan Nga menggunakan pengaruhnya atau mengenakan tekanan dalam pemberian kontrak bernilai RM14,400 itu kepada Ethan & Elton, sebuah syarikat menjahit yang dimiliki bersama oleh isterinya, Wong Seow Ching.


“Jawatankuasa Disiplin berpendapat dalam kes pemberian kontrak, kewujudan hubungan antara pihak yang berkaitan semata-mata tidak cukup untuk mensabitkan salah laku,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat selama tiga jam di ibu pejabat DAP di sini hari Khamis.

Katanya kenyataan dari tiga bekas ahli majlis MBI yang juga bekas ahli Lembaga Tender iaitu Frankie Wong dan Simon Ng dari DAP dan Khairuddin Abd Malik (PAS) menunjukkan mereka tidak sedar bahawa isteri Nga adalah rakan kongsi syarikat tersebut.

Tan berkata selain Ethan & Elton, terdapat lima lagi pembida untuk tender yang sama.

Kalau kena kat Umno, Rasuah, salah guna kuasa, syarikat kroni. kalau kena kat dia, tidak salah kerana tidak cukup bukti untuk sabit kesalahan dan yang paling best ahli lembaga tender tidak sedar bahawa isteri Nga dalah rakan kongsi syarikat terbabit. Bohonglah sekiranya tiada kepentingan, kalau tidak, takkan harga yang paling mahal  dianugerahkan tender berkenaan. Nga pun mengekui isteri dia curi sikit ja. alangkah lebih baik nya amalan kerajaan BN, pihak SPRM akan siasat dan dakwa sekiranya kes-kes seperti ini berlaku, bukan ianya disiasat oleh parti sendiri. 

Kerajaan Barisan Nasional akan menggunakan entiti kerajaan yang bebas dari tekanan dan pengaruh politik untuk menyisat sesuatu kes yang melibat individu di dalam parti

Lembaga disiplin parti pula akan hanya menyisat isu berkaitan pengurusan parti sepeti isu sabotaj parti dan pemilihan pada peringkat parti. 

Tetapi bagi kes ini, siasatan dilakukan hanya dilakukan oleh pihak parti dan siapakah yang membuka kertas sisatan dan pendakwaan serta bagaimana pula kaedah yang diguna pakai.  isu ini membabitkan wang kerajaan negeri dan bukan wang parti. Adakah ini adalah amalan parti yang mengatakan kebebasan dan ketelusan? Sama-samalah kita fikirkan...



2 comments:

Anonymous said...

Semua orang takut pada NGA KOR MING, DAP semua takut. TAN KOK WAI nyanyuk,Jelas Isterinya menubuhkan sykt lepas 308 dan mendapat kontrak melalui si Nga ni. Pastu semua dah ok, settle semua, pura-pura adakan tender board meeting. Ahli tender pun semua cicak, kontrak dah bagi kepada goodmen dah sebelum tender, Datuk bandar dan bagi kepada E&E. DAP kata ini tidak salah, maksudnya semua wakil rakyat DAP boleh bagi kontrak kepada isteri??? gelapnya DAP. Nasib baik kita dapatkan PERAK balik...

Ngeh Khoo Ham, sibuk sangat berjumpa dengan CEC DAP untuk merayu agar Si Nga didapati tidak bersalah. Kalu betul2 x salah, kenapa nak merayu?

Skrg, Nga dah terlepas dalam DC DAP, masa SPRM nak tangkap dia, mestilah kata niat kerajaan.

Anonymous said...

Jangan sok alim la. Kasus lembu and banyak lagi kes kronies terjadi di ar jib kor team. kontrak ini kecil di bandingkan kontrak lembu dan lain lain. dasar orang hypocritic.

Popular Posts