Saturday, February 11, 2012

Patrick Wong kena bunuh sebab skandal pasir?



Benarkah Patrick Wong dibunuh kerana skandal penyelewengan pasir kerajaan PR Selangor?   Kenapa DAP dan PKR tidak minta ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja dalam kes kematian Patrick Wong? Marilah sama-sama kita meneliti kenyataan di bawah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Datuk Patrick Wong Kie Yik mungkin mati di tangan pembunuh upahan agar mengemukakan bukti bagi membantu siasatan polis. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya percaya kematian Patrick adalah berpunca daripada kes samun sebelum bertukar menjadi pembunuhan. Menurut beliau, polis sehingga kini telah menahan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian Patrick dan memburu dua lagi.

“Lelaki itu sudah lama ditahan dan berada di Pusat Tahanan Simpang Renggam untuk siasatan lanjut, namun dia belum didakwa memandangkan polis masih mengesan dua lagi individu terbabit.

Kelmarin, Raja Petra mendakwa Patrick mati dibunuh bagi menutup kes penyelewengan pasir di Selangor sebelum muncul dengan pendedahan baharu, dua wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat, Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shari terlibat dalam skandal rasuah pasir di negeri itu.

Dakwaan pembabitan Shuhaimi dalam skandal tersebut turut disertakan dengan transkrip perbualan telefon antara Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu dan wakil sebuah syarikat kontraktor pasir.


Oleh TERMIZI CHE ANUAR

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang didakwa dibunuh demi menutup skandal penyelewengan pasir di Selangor.

Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, dakwaan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin itu amat serius dan satu suruhanjaya tersebut perlu dibentuk bagi menyiasat segala dakwaan tersebut.

‘‘Pakatan pembangkang juga perlu bersama-sama untuk menggesa kerajaan membentuk suruhanjaya dan tidak hanya berdiam diri apabila melibatkan kepentingan sendiri.

‘‘Jika benar pakatan pembangkang memperjuangkan integriti, pasti mereka akan sokong penubuhan suruhanjaya ini untuk menyiasat dakwaan Raja Petra tersebut kerana ia melibatkan skandal penyelewengan pemimpin sendiri di Selangor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa, kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Azwandin dalam pada itu berkata, tidak mustahil kes kematian Teoh Beng Hock juga melibatkan perkara yang sama, justeru tidak salah sekiranya suruhanjaya itu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Raja Petra itu.

Turut berkongsi pandangan sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Syed Hasan Syed Ali yang menyifatkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan Raja Petra itu dilihat amat perlu kerana ia melibatkan dua kes jenayah iaitu bunuh serta penyelewengan.

‘‘Siasatan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap dakwaan tersebut dan jika benar, adalah wajar Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi memastikan mereka yang terlibat dihadap ke muka pengadilan.

‘‘Jika pakatan pembangkang boleh menggesa kerajaan tubuh suruhanjaya untuk hal-hal kecil sekalipun, tidak ada salahnya jika dalam isu itu perkara sama juga dilaksanakan,” ujarnya.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula menegaskan, penubuhan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan kematian Patrick kerana dibunuh amat wajar dan dilihat adil seperti yang diperoleh keluarga mendiang Beng Hock sebelum ini.




No comments:

Popular Posts