Saturday, February 11, 2012

Awas! Provokasi anak pemimpin DAP untuk cepat kaya?


Yang ini biadap


Yang ini kurang ajar

Nota: Bila bapanya DAP, anaknya kurang ajar? Baca pendedahan blogger Melayu Kedah Terakhir untuk fahami kisah anak beranak DAP. Sebelum ini pula ada khabar-khabar angin pembunuhan dan kematian tentang kes curi pasir dan rasuah. 



LAGI INSIDEN KURANG AJAR ANAK-ANAK 
DAP...





Assalamualaikum...

Insiden kurang ajarnya DAP semasa di KFC I-City itu bukanlah satu perkara yang baru. Sebenarnya sudah lama berlaku cuma kekadang bangsa Melayu ini jenis yang sabar dan lebih suka tidak memanjangkan perselisihan. Tetapi DAP terlupa yang bangsa Melayu juga ada tahap-tahap kesabarannya.

Seperti yang berlaku dihadapan mata MKT sendiri dimana ada seorang anak muda berbangsa Cina yang belajar di sekolah penerbangan HM Aerospace Langkawi cuba-cuba membuat onar di Hospital Kerajaan Langkawi. MKT tahu beliau adalah pelajar sekolah penerbangan itu melalui uniform yang dipakainya. Namanya adalah De**** T**** Ji** (jika kata MKT tipu, silalah pergi siasat namanya)

Ceritanya begini, menurut staff Hospital Langkawi beliau telah mendaftarkan dirinya atas alasan jatuh dan memerlukan pemeriksaan sinar X. Setelah selesai membuat Sinar X tu, seperti biasalah kena tunggu kata putus dari doktor pakar. Sememangnya itu adalah prosedur Hospital. Tungu punya tunggu, tiba-tiba si Cina ini bertanya kepada kerani kaunter berkenaan keputusan sinar Xnya. Apa ke halnya bertanya kepada kerani berkenaan keputusan sinar X? Bukankah lebih baik beliau bertanya kepada pengawal keselamatan, mungkin akan dapat jawapan yang sesuai.

Seperti biasa, kerani itu menjawab kena tunggu dan memaklumkan kepada beliau status keputusan itu. 10 minit kemudian, beliau datang lagi bertanyakan perkara yang sama dengan nada yang agak keras sikit. Dan jawapan yang diberikan juga adalah sama. Datang kali ketiga beliau tiba-tiba beliau marah dan bernada yang tinggi menjerit "F**K You" kepada kerani terbabit.

Rupa-rupanya beliau marah kerana ketika beliau cuba merasuah kerani tersebut (untuk mempercepatkan keputusan Sinar Xnya), kerani itu telah menolak dan ini dianggap telah memalukan beliau. 

Hebat bukan bangsa Cina seperti ini? Rupa-rupanya setelah MKT menyiasat beliau adalah salah seorang anak korporat berpolitikkan DAP di selatan tanahair.

Inikah budaya yang orang Melayu tagihkan dari DAP? Selama ini mereka menuding jari kearah UMNO/BN dalam rasuah merasuah. Tetapi dalam hal yang sekecil ini pun, mereka telah mengajar anak-anak mereka bagaimana hendak merasuah. 

P/S dari MKT : Bapa borek, anak akan rintik juga...betul tak? Sifat kurang ajar kepada bangsa Melayu sememangnya telah ditanam sebaik mungkin didalam dada anak-anak bangsawan DAP di negara ini.



Mau cepat kaya dengan provoke pekerja KFC?






Ayam habis punya pasal pun mau maki-maki orang ka?

1 comment:

Anonymous said...

"I never once argued with anyone hoping to win the debate; rather I always wished that the truth would come from his side."

Imam Ash Shafi'ee.

Maka berbaik-baiklah sesama manusia. Nilainya tinggi di sisi Allah. Kalau bangsa Melayu lebih bertamadun, makin ramai bangsa lain akan nmpak keindahan kita dan Islam. Semakin kita di hormati. Caci maki itu memang milik manusia. Belajarlah menerima keburukan. Biar yg tahu ialah YG MAHA MENGETAHUI Allah s.w.t.

Renung-renungkan.

Popular Posts