Friday, February 24, 2012

Misi Tawan Putrajaya Malaysia Woodsball League bermula! #paintball #MajlisBeliaPutrajaya






SIRI KEJOHANAN PAINTBALL ‘MALAYSIA WOODSBALL LEAGUE’
SIRKIT PERTAMA: ‘PUTRAJAYA
CAMPAIGN’



ANJURAN:
MWL EVENTS DAN MAJLIS BELIA KAWASAN PUTRAJAYA
DENGAN KERJASAMA
PERBADANAN PUTRAJAYA


Siri Kejohanan Paintball “Malaysia Woodsball League” merupakan satu kejohanan paintball scenario ataupun rekreasi (recreational paintball) yang diperkenalkan pada tahun 2011.

Siri kejohanan ini merupakan satu acara tahunan yang akan dijalankan di dalam 3 siri kejohanan tempatan dan 1 Kejohanan Antarabangsa.

Kesemua lokasi kejohanan tempatan dijalankan di seluruh Malaysia, manakala lokasi untuk acara antarabangsa masih di dalam perbincangan dan dijangka akan diumumkan selepas siri kedua kejohanan ini.

Sasaran penyertaan adalah pasukan paintball scenario tempatan dan dirantau ini manakala untuk siri antarabangsa penyertaan sulung dari pasukan pasukan antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Eropah turut dijangkakan.

OBJEKTIF KEJOHANAN “MALAYSIA WOODSBALL LEAGUE”

Objektif MWL di dalam penganjuran Liga ini di Malaysia adalah berdasarkan perkara perkara berikut:
 Meletakkan Malaysia sebagai hab sukan paintball di dunia.
 Menyerlahkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan lasak dan pelancongan di Asia.
 Membantu usaha kerajaan di dalam menggalakan kemasukkan pelancong asing ke Malaysia melalui sukan pelancongan.
 Merealisasikan Program Penjenamaan Global Malaysia (Malaysia Global Branding Programme).

ATURCARA KEJOHANAN

Hari Pertama (25/2/2012)

7.30 pagi Pendaftaran Pasukan

8.30 pagi Kejohanan bermula

1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari

2.00 ptg Kejohanan bersambung

6.00 ptg Tamat Kejohanan Hari Pertama






Hari Kedua (26/2/2012)

8.30 pagi Kejohanan Hari kedua bersambung 

10.00 pagi Ketibaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk upacara pelancaran Malaysia Woodsball League (MWL).

1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari

2.00 ptg Kejohanan bersambung

3.00 ptg Acara untuk Pengunjung Kejohanan

5.00 ptg Upacara Penutup Kejohanan dan Penyampaiaan Hadiah dan
Cenderamata kejohanan kepada VVIP serta
Sesi bergambar bersama Pasukan Pasukan.

6.00 ptg Tamat Kejohanan Sirkit  Pertama

Kategori

1. Kategori Terbuka
 Kategori ini terbuka kepada semua pasukan pasukan paintball dari semua liga paintball seluruh negara.
 Jumlah peserta untuk satu pasukan ; 10 orang termasuk 3 pemain simpanan.
 Masa Permainan : 10 minit
 Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
 Sasaran jumlah pasukan : 15 pasukan

2. Kategori Taktikal
 Untuk pasukan pasukan novis dan kategori belia dan terhad kepada penggunaan perkalatan taktikal sahaja
 Jumlah pemain satu pasukan : 10 orang termasuk 3 pemain simpanan
 Masa permainan : 10 minit
 Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
 Sasaran jumlah pasukan : 20 pasukan

3. Kategori Milsim
Kategori Milsim merupakan kategori simulasi ketenteraan (milllitary simulation) dimana format dan objektif permainan mempunyai variasi berlainan bagi setiap siri. Kategori yang pertama kali diperkenalkan di rantau ini dimainkan didalam tiga disiplin:
1. Ketahanan (Endurance)
2. Tepat dan Cepat (Fast and Accurate)
3. Misi dan Objektif (Mission and Objective)


No comments:

Popular Posts