Thursday, February 9, 2012

Kantoi: Pemimpin Pas menipu lagi #saveKedah



Nota: Memang sejak dulu rakyat dapat perhatikan pemipin Pas dari Ulama sehinggalah ke suami cikgu Normala menipu. Calon pilihan raya kampus pun menipu diculik sebab nak menang kerusi Majlis Perwakilan Pelajar.

Tipu daya adalah perkara biasa dalam PR. Cuma yang lebih menjelekkan adalah apabila golongan berpendidikan agama yang mengangkat diri sendiri sebagai ulama juga turut menipu. Kalau dahulu, Nik Aziz menipu dengan mengatakan Tuhan pun mencarut, di penghujung tahun 2009, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Mahfoudz Mohamed pula membuktikan penyakit turun temurun ini memang ada di dalam Pas. Walaupun berketayap putih, Dr Mahfoudz membuktikan mereka juga hebat menipu, di dalam blognya dia menipu dengan mengatakan UMNO tidak meletakkan perjuangan Islam di dalam perlembagaannya (baca di sini) dan dalam Berita Awani, dia menipu dengan menggambarkan perbezaan ideologi dalam PR adalah sama seperti perbezaan dalam mazhab Islam yang empat (baca di sini). Jika Timbalan Ketua Dewan Ulama boleh menipu, apa sahaja yang boleh dipercayai dari pemimpin-pemimpin lain yang tidak ada ijazah agama dan yang tidak mengenakan aksesori seperti golongan beragama seperti Husam Musa yang menipu (baca di sini) atau yang lain-lain dalam isu bai'ah talak tiga (baca di sini).

Baca blog Kedah ke KL untuk tengok lebai mana yang menipu kali ni...

TUDIAA!! Islam Pas Islam pembohong!! 
Kantoi lagi!
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/02/tudiaa-islam-pas-islam-pembohong-kantoi.html

Exco Pas kedah dalam satu siri ceramah mereka di Langkawi baru baru ini mengaburi mata rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan mereka telah membawa masuk pelaburan yang tinggi ke dalam Negeri Kedah dan berada ditempat ke 4 terbaik di Malaysia..

Kehadiran Exco Pas ini hanya sebagai penganti kepada MB kedah yang tidak dapat hadir pada malam itu.

Dalam ceramah pada malam itu,pas kedah yang begitu mendabik dada kononnya semua kemasukan pelancongan dan pelaburan di negeri kedah adalah atas usaha mereka selama ini tanpa bantuan dari pusat.Siap menyenaraikan perbezaan antara kerajaan BN dulu dan Kerajaan Pas sekarang..

Baca perbezaan kenyataan antara exco pas kedah dengan Timb Menteri MITI

"Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan Pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan Pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini hari ini.

Katanya, tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.

Beliau berkata, Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.

"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik,” katanya.


McTheory:
Pas asyik menipu saja kerjanya.. bodo la kalau percaya

No comments:

Popular Posts