Sunday, February 5, 2012

@AmanKampus: Gerakan masyarakat sivil dan aspirasi tulen mahasiswa

Aman Kampus adalah suatu gerakan masyarakat sivil yang wajar mendapat sokongan ramai. Aman Kampus berbeza dengan gerakan mahasiswa tidak bertamadun yang dipelopori sekumpulan kecil mahasiswa kurang ajar yang membuat kacau di jalan raya, di premis orang lain, memanjat pagar untuk menghantar memorandum pada waktu malam sewaktu pejabat tutup, melanggar cermin kaca dalam usaha menawan klinik, berpura-pura diculik untuk mendapat undi simpati sewaktu pilihan raya kampus, berpura-pura nazak, koma, patah rahang dan tulang rusuk serta menyebarkan penipuan melalui media sosial. Ia juga bukan gerakan mengugut untuk membunuh Perdana Menteri dan mengebom helikopter Perdana Menteri.

Saya yakin kesemua perkara yang saya sebutkan di atas tadi bukan aspirasi majoriti mahasiswa, tetapi aspirasi minoriti mahasiswa yang rosak akibat mendapat didikan salah oleh politikus luar dan berusaha mencemarkan kemurnian aspirasi tulen mahasiswa dengan membawa kebejatan politik luar ke dalam kampus.

Pada pengamatan saya, Aman Kampus adalah suatu gerakan masyarakat sivil oleh mahasiswa yang sedar bahawa aspirasi tulen mahasiswa adalah di atas aspirasi politik pembangkang yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Ia juga adalah satu gerakan untuk mengharmonikan kampus agar mahasiswa dan warga universiti benar-benar bebas dari politik partisan dan menghalang perpecahan warganya.

Paling penting, gerakan masyarakat sivil ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat dan sikap diplomasi, rasional & toleransi. Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini.


Program Aman Kampus
6-19 Februari 2012
Dari blog Bro-jinggo.

Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.

Llintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

4 Asas Utama program:

1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.

2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan

3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan

4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah

1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi

2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri

3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts