Tuesday, January 10, 2012

[Video] Hasan Ali - Dia tak sapu bini orang. Dalam penjara pun nak jadi PM #bebasAnwar901

Hassan Ali



Hasan Ali - Saya tak sanggup hadir 901

Hasan Ali dakwa dipecat kerana Anwar, Azmin
AHMAD NORMAN ABU TALIB
January 9, 2012

PETALING JAYA – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kesal dengan tindakan pemecatannya yang didakwa gara-gara desakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahukan beliau dipecat dari parti itu.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan yang dibuat Azmin yang mahukan Pas memecatnya menjadi punca pemecatannya.

Katanya, beliau mempertikaikan dan hairan mengapa Azmin masuk campur urusan dalaman Pas.

“Saya paling tak seronok bila desakan daripada Timbalan Presiden PKR yang mahukan Hasan Ali dipecat.

“Apa hak Azmin nak minta Pas lucutkan Hasan? Apa hak Azmin nak masuk campur dalam urusan rumah tangga Pas?,” katanya ketika menyampaikan ucapannya di rumahnya malam semalam.

Menurutnya, beliau percaya semuanya berpunca daripada kenyataan yang dibuatnya baru-baru ini tentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, isu pemecatannya timbul selepas beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh Anwar mengenai kes liwatnya itu merupakan masalah peribadi.

Hasan berkata, beliau tidak mahu Anwar mengheret rakyat bersama perjuangannya yang didakwa kotor itu.

Beliau menegaskan tidak akan hadir menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901’ hari ini.

“Tetapi di mana timbulanya saya dipecat? Kerana Anwar Ibrahim. Sedangkan apa yang saya komen tentang dia adalah soal peribadi. Saya tidak mahu dia heret rakyat negara ini supaya menjunjung perjuangannya yang saya rasa kotor perjuangannya.

“Saya tak sanggup nak hadir 901. Saya tak sanggup bersama. Saya adalah antara orang Pas yang tidak pernah keluar bersama Anwar,” katanya.

Menurutnya, sidang media berhubung pemecatannya serta penjelasannya akan diadakan dalam minggu ini.

Katanya, semua rentetan peristiwa serta halangan yang dihadapinya semasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam memperjuangkan tiga perkara berkenaan Islam, hak orang Melayu serta Raja-raja Melayu akan dijelaskan dalam sidang media itu nanti.

Turut hadir di rumahnya yang menyatakan tanda sokongan peribadi serta simpati adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali serta bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Ibrahim berkata, masalah yang dihadapi oleh Hasan juga pernah dialaminya dalam memperjuangkan ketiga-tiga perkara terbabit.

Menurutnya, beliau melihat Hasan begitu konsisten dalam memastikan ketiga-tiga perkara tersebut dapat dijaga dengan baik.

Katanya, beliau terkejut apabila mendapat tahu berita pemecatan serta-merta Hasan daripada ahli Pas

“Saya kagum dengan prinsipnya selaku Exco dalam menjaga kepentingan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu malah dalam isu berkaitan gereja baru-baru ini,” katanya.

Beliau mempelawa Hasan untuk menyertai Perkasa sekiranya tidak mempunyai mana-mana parti.

“Kalau tiada parti buat sementara waktu boleh join (sertai) Perkasa kerana Perkasa terbuka untuk Datuk anytime (bila-bila masa),” katanya.

Sementara itu, Nasharudin berkata, sokongan peribadinya yang diberikan kepada Hasan kerana komitmen yang diberikan Hasan dalam hal-hal berkaitan kepentingan agama.

Menurutnya, tindakan pemecatan tersebut dilihat sebagai drastik dan mungkin sejarah dalam parti.

Katanya, sekiranya Hasan ingin membuat rayuan berhubung pemecatannya itu beliau mempunyai tempoh 30 hari untuk berbuat demikian.

“Sebagai ahli Majlis Syura Pas, saya sebutkan peruntukan untuk rayuan tersebut masih ada ruang dan peluang untuk Hasan sekiranya beliau masih terus mahu berkhidmat kepada parti,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Abis PM sekarang ni si Najib tu, tak sapu bini org ker, rakyat tau sapa Rosmah sebelum jadi bini Najib, sebelum nak kluar statement tu, pikir dulu. Aku respect dgn Hasan Ali tapi bila perasaan marah dia dibawa ke Media UMNO...hampeh la ko Hasan....

Anonymous said...

Perjuangan Hassan Ali untuk Islam memang banyak di Selangor ini tetapi Islam juga melarang membuat tuduhan sebrono, jadi yang sapu bini orang, anak orang Ada lah fitnah...begitu juga komen di atas ttg PM Dan RM..kalau takde bukti yg nyata tak boleh di perkatakan..
Juga ttg media UMNO pun saya tak setuju..tapi macam mana nak buat? Harakah tak nak ambek pot. He has to explain to the masses the chronology of events which led to his dismissal..walaupun saya tak suka Hassan menggunakan media lawan, tetapi saya faham..bagi saya ini adalah titik hitam PAS..PAS sepatut Nya lebih upright in dealing with this issue..Wallahuallam

Popular Posts