Tuesday, January 10, 2012

#PasSesat Shahnon Ahmad balun Pas. Siapa di belakang Hadi?


Siapa di belakang Hadi Awang?


Giliran Shahnon Ahmad Pula "Bantai" Dasar PAS
http://azlishukri.blogspot.com/2012/01/giliran-shahnon-ahmad-pula-bantai-dasar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AzliShukriToday+%28AZLI+SHUKRI+TODAY%29

Selepas Dr Hassan Ali mengkritik hebat perjuangan PAS yang semakin hari semakin jauh tersasar daripada agenda Islamnya - terkini, Sasterawan Negara yang disanjung tinggi oleh PAS pada satu ketika dahulu melalui buku kontroversi berjudul "Shit" sudah berani bersuara dan mengkritik kerjasama PAS-DAP yang dilihat terpesong dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Suara-suara kebenaran ini merupakan suara sebenar lagi ikhlas, yang mahu melihat PAS kembali kepada agenda Islam dan bukan agenda kuasa! Kuasa bukan matlamat utama PAS yang asal, agenda utama PAS ialah Islam.

Nampaknya, golongan sekular yang menjadi parasit dalam PAS, sudah semakin berjaya merubah wajah Islamik PAS hanya kerana mereka mengidam tampuk kuasa daripada BN. Sejahat-jahat UMNO, UMNO masih ada rasa takut kepada Allah, tetapi tidak kepada golongan sekular dalam PAS - yang terang-terangan tergamak menjual nama Allah kepada kaum kafir untuk dimanipulasikan hanya kerana mengharapkan ehsan undi!

GEORGETOWN - Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP. Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat. Menurut beliau, konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

"Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin, sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.

"Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini," kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya di sini, hari ini. Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.

Menurutnya, istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

"Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.

"Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja," katanya. Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata, pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.

Sungguhpun begitu, beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera. Beliau menjalani pembedahan injap tahun lalu. Beliau turut melahirkan rasa kurang senang hati dengan peningkatan jenayah di negara ini.

"Sepatutnya hududlah yang dijalankan iaitu hanya ke atas orang Islam. Inilah caranya untuk mengatasi jenayah," katanya.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Habislah Shahnon Ahmad akan dipecat juga selepas ni..

Popular Posts