Saturday, January 14, 2012

Pengebom #BebasAnwar901 beli JAM LOCENG MERAH? Ganjaran meningkat RM13,499



Rakan-rakan Blogger turut menyumbang untuk meningkatkan ganjaran untuk cari pengebom. Jumlah terkumpul sekarang sudah meningkat kepada RM 13,499





HOT : PENJUAL 3 JAM LOCENG MERAH DICARI MEMBUATKAN PUAK-PUAK PAKATAN KECUT TELOQ...

http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/01/hot-penjual-3-jam-loceng-merah-dicari.html

Polis meminta kerjasama orang ramai khususnya mana-mana pihak yang pernah menjual tiga jam loceng berwarna merah yang digunakan untuk meletupkan tiga bom jangka berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Isnin lalu, untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenainya, menghubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Yahya Abdul Rahman di talian 019-4708946 atau datang ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Polis percaya tiga jam loceng itu diperoleh dari sumber sama dan tidak menolak kemungkinan ia juga dibeli orang sama.

“Polis masih menjalankan siasatan kejadian letupan bom buatan sendiri berhampiran kompleks mahkamah selepas keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook Polis KL.

Beliau berkata, siasatan mendapati jam yang digunakan menghasilkan bom Improvise Explosive Device (IED) itu adalah jenis jam loceng yang digunakan bagi menentukan masa letupan dalam bom jangka.

Siasatan kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Letupan 1957 yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengumumkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat bagi membantu polis menangkap individu atau pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian letupan yang turut menyebabkan empat orang tercedera.



No comments:

Popular Posts