Tuesday, December 13, 2011

Akhbar Cina: Pembahagian Kerusi PR selesai, kebanyakan calon kekal #PRU13

Sinchew Daily News
Pembahagian kerusi Pakatan Pembangkang?
Dalam negeri m/s 17
10 Disember 2011 (Sabtu)

Perbincangan kawasan Johor, Pahang, sabah dan Sarawak ada sedikit perbalahan. Kebanyakan kawasan pencalonan PR tidak berubah.

Laporan khas pemberita Sinchew Daily News
Yap Chee Ping

'Buat masa ini perbincangan sudah sampai peringkat yang terakhir, Pakatan Rakyat berharap pembahagian kerusi dapat dikemukakan pada tahun ini juga'

9hb Kuala Lumpur, pihak akhbar Sinchew Daily News mendapat tahu, kerja-kerja perbincangan dalam pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat telah pun sampai ke penghujungnya. Kebanyakan kawasan undi akan mengekalkan calon-calon asal untuk bertanding di tempat yang sama, kecuali di negeri-negeri yang dianggap negeri barisan hadapan oleh PR, seperti di negeri Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak sedang dalam perbincangan lagi.

Seorang pemimpin PR memberitahu pemberita kami, setakat ini perbincangan sudah sampai ke penghujungnya, setiap negeri mempunyai 10 peratus hingga 15 peratus timbul sedikit perbalahan, Pakatan Rakyat berharap pembahagian kerusi dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.

Ahli Dan Pemimpin Diarah Tutup Mulut

Apabila ditanya sama ada benar calon-calon dalam Pakatan Rakyat itu akan kekal di kawasan undi yang lama, beliau hanya memberitahu sebahagian besarnya begitu, mereka masih kekalkan di kawasan yang lama, selain dari itu parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat apabila ditanya semuanya tutup mulut, menunjukkan Pakatan Rakyat telah keluarkan arahan tutup mulut, tidak mengizinkan mereka timbulkan isu secara terbuka.

Sebenarnya dalam isu pencalonan wakil tidak ada sebarang tarikh yang ditetapkan, apabila tiba sahaja PRU akan ada satu penetapan lagi; saya tidak tahu sama ada di negeri-negeri lain sudah ada kata sepakat ataupun belum. Walaupun secara amnya telah pun selesai, ia perlu diputuskan dan disahkan oleh pucuk kepimpinan gabungan parti dalam Pakatan Rakyat juga baru tepat, lain-lain maklumat masih belum dapat pengesahan itu.

Seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat berkata, perbincangan kerusi oleh Pakatan Rakyat telah sampai ke peringkat keputusan dari Pusat, setiap negeri telah pun serahkan pembahagian kawasan di setiap negeri kepada pusat beberapa bulan lepas, semua laporan itu telah pun diserahkan kepada pusat.

Keputusan yang terakhir akan dibuat oleh pemimpin tertinggi pusat oleh pemimpin tertinggi gabungan 3 parti itu, iaitu kepada Datuk Seri Hadi Awang dari Pas, Datin Seri Wan Azizah dari PKR dan pengerusi DAP Karpal Singh.

4 Negeri Baris Hadapan

Sebelum ini akhbar ini telah membuat liputan, setiap negeri perlu kemukakan pencalonan sebelum tarikh 15 Ogos, semua hasil pencalonan kerusi parlimen dan kerusi DUN telah diserahkan ke pusat, tetapi DAP dan PKR sering ada kontroversi di 4 buah negeri baris hadapan itu, mereka mahu lebih ramai ahli parti mereka dapat dicalonkan, menyebabkan perbincangan di peringkat 4 negeri itu hadapi kebuntuan dan terpaksa ditangguhkan.

Selain dari itu laporan dari Berita Harian berkata, lebih kurang 60 peratus Pakatan Rakyat kekalkan calon asal bertanding di kerusi parlimen asal, seterusnya calon-calon asal dari parti gabungan itu bertanding di tempat yang sama; setakat ini, negeri yang mengekalkan pencalonan asal ialah di negeri Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak, di negeri-negeri lain ada satu atau dua kerusi akan berubah pencalonan parti gabungan untuk hadapi pertandingan.

Ketua penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, di peringkat kepimpinan Pakatan Rakyat telah mencapai kata sepakat, dalam pembahagian kerusi parlimen dan kerusi DUN, Pakatan Rakyat telah selesaikan hampir 75 peratus kesemuanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts