Monday, December 12, 2011

Tulisan Khir Toyo tentang JUSA & TURUS bongkar under current dalam perkhidmatan awam?


[Nota: Ada yang menarik tentang artikel Datuk Seri Khir Toyo ini. Lebih menarik adalah komen-komen yang diberikan dan saya paparkan di bawah:

Komen 1

"Dua-dua saya tak sokong, sebagai penjawat awam mmg sudah sedia maklum banyak polisi dlm pentadbiran awam menyebelahi PTD.apalagi..., kalau mereka yg buat polisi sudah tentu mereka boleh buat polisi yg sentiasa menyebelahi mereka...sampaikan unit dlm Jabatan Teknikal yg tak sampai dua puluh org pun diaorg PTD ni nk jadik bos jugak...bukan calang2...M54 tu!! sedangkan Jabatan yg unik atau teknikal cthnya yg bergred J nk buat pertambahan jawatan dgn reorg @ restructering pun berhempas pulas nk lulus...PTD senang2 je tambah post sana tambah post sini...semuanya nk mengenyangkan tembolok mereka........nak saya cerita lagi.........?? tak payah lah...bosan dgn PTD ni...yg buat busuk agensi-agensi dgn Jabtan kerajaan pun majoriti head dept. dia PTD..tak caya..cuba ingat balik kes2 2-3 tahun lepas....imigresen, jpj, tourism etc....sapa kepala ? kalau bukan PTD!"

Komen 2

DSKT...saya setuju dan sokong pengkomen yang pertama. Asyik2 PTD saja...cakap besar dan sombong...kalau ada PTD yang bermasalah dilonggokkan di JPA atau Kementerian yg juga dikenali 'pool system'...kalau nak buat restrsucturing ada saja nak diselit PTD...kalau diselit PTD confirm lulus...kalau tidak diperam sampai jadi pekasam...lagipun DSKT sendiri pernah jadi MB dan dikelilingi oleh golongan PTD dan untuk DSKT menjadi skeptikal bukanlah suatu yang aneh. Lagipun apa bezanya dengan kemasukan luar, sistem yang ada sekarang pun membenarkan penyambungan kontrak perkhidmatan melangkaui umur persaraan...dah pencen pun mau service lagi...dah sambung..sambung..sambung lagi...kekadang perubahan perlu sama ada perubahan itu baik atau tidak...'kita' yang tentukan...macam senario yang saya alami apabila berdepan pegawai 'senior' atau 'orang lama'; sebelum engkau buat, aku dah lama buat...sebelum engaku rasa, dah lama aku rasa...; belum bercakap dah kena potong...lebih2 nanti kena label alamatnya...meja tepi tandas laa...come on DSKT...dare to change...hehe

Komen 3

http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/cuepacs-bantah-jusa-turus-diisi-pihak.html
saudara Dr Khir cuba la jenguk-jenguk laman ceupacs dan saudara boleh melihat begitu banyak komen yang menuntut agar kerajaan memberi keadilan kepada skim lain dalam perkhidmatan kerajaan dalam pengisian jawatan jusa dan turus. Kebanyakannya menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penguasaan kelompok PTD dalam pengisian jawatan jusa dan turus tersebut. Moga-moga dapat membuka minda dan kerajaan dapat melakukan transformasi.

Nampaknya seolah-olah ada under-current yang bukan menjadi rahsia lagi di dalam perkhidmatan awam negara ini. Baca jawapan seterusnya dalam artikel siri kedua Datuk Seri Khir Toyo]



My Photo


Mencari Makna Kemunculan JUSA Dan TURUS Korporat

1. Rentetan tulisan saya sebelum ini mengenai kemasukan korporat sebagai pegawai JUSA, ramai yang membantah dan ramai juga yang menyokong. Yang menyokong cadangan kemasukan ini terdiri kebanyakan mereka yang kecewa dengan perkhidmatan kerajaan dan juga mereka yang melihat kumpulan PTD sebagai kumpulan elit yang menguasai pentadbiran utama negara. Jika membaca kenyataan akhbar mengenai cadangan tersebut nyata tumpuan kerajaan bukanlah untuk menaikkan pangkat pegawai kerajaan di luar PTD tetapi untuk membawa masuk tokoh-tokoh korporat sebagai pegawai JUSA Utama dan Turus. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh masuk dari luar dan melompat hirarki pentadbiran kerajaan terus menjadi Ketua Setiuasaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian.

PTD Sebagai Kumpulan Elit?

2. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap PTD. Bagi saya, jika mereka cuai, malas, tidak berdisiplin maka tindakan disiplin dan hukuman perlu dikenakan. Namun janganlah diborong semua PTD tidak bertanggungjawab, lemah dan tidak boleh diharap. Ramai yang telah memberi sumbangan besar kepada perjalanan jentera kerajaan sejak dahulu sehingga sekarang.

3. Untuk menjadi PTD mereka harus melalui beberapa ujian, peperiksaan, tapisan dan saringan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Justeru jika sesiapa yang berminat untuk memegang jawatan yang dikuasai oleh PTD mereka haruslah melepasi ujian-ujian dan saringan tersebut.

4. Berdasarkan komen-komen dalam ulasan pertama isu ini, saya faham sebahagian pegawai kerajaan di luar kumpulan PTD kecewa melihat kenaikan pangkat dan gaji mereka tersekat tanpa dapat mencecah kumpulan JUSA. Bagi saya jika kita mahu memasuki sesuatu bidang maka kita perlu melepasi kehendak dan keperluan bidang tersebut. Jika kita mahu memegang apa-apa jawatan di mana-mana syarikat, agensi mahu pun pasukan keselamatan, maka kita harus melepasi atau memenuhi kehendak-kehendak organisasi terbabit. Demikian juga dengan perkhidmatan dalam PTD.

5. Saya bersetuju jika pegawai kanan kerajaan yang telah lama berkhidmat diberi peluang melalui saringan PTD dan dimasukkan ke dalam kumpulan JUSA jika layak. Yang saya tidak setuju ialah membawa kumpulan korporat yang tidak memahami pentadbiran kerajaan berada di tingkat atas dalam hirarki kerajaan. Sebenarnya kepakaran kumpulan boleh digunakan oleh kerajaan pada bila-bila masa melalui lantikan sebagai penasihat kepada Menteri atau Perdana Menteri.

Penggubal Polisi dan Pelaksana

6. Kakitangan kerajaan termasuk JUSA dan Turus adalah pelaksana polisi kerajaan. Terdapat tiga sebab mengapa polisi kerajaan gagal dilaksanakan dengan baik. Pertamanya, polisi itu sendiri tidak boleh dilaksanakan secara praktikal maka tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kakitangan kerajaan termasuk kumpulan JUSA dari korporat pun. Dengan kata lain, polisi yang dibuat oleh kerajaan harus praktikal dan boleh dilaksanakan.

7. Keduanya, polisi tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat terlalu banyak karenah birokrasi dalam kerajaan. Misalnya kelulusan sesuatu peruntukan atau bantuan perlu melalui pelbagai peringkat jabatan sehingga membabitkan tiga atau empat tandatagan. dalam keadaan ini, kemasukan tokoh korporat dari luar sebagai Ketua Setiausaha pun tidak akan mampu mengatasi isu ini jika prosedur sedia ada tidak berubah.

8. Ketiga, sikap sambil lewa pegawai kerajaan. Dalam setandan pisang pasti ada yang tidak baik. Maka proses motivasi, kaunseling, amaran, hukuman bersifat simbolik dan tindakan tatatertib perlu dibuat. Jangan kerana sekumpulan pegawai yang bermasalah maka seluruh kelompok PTD dipersalahkan. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

9. Jika dilihat daripada ketiga-tiga sebab ini, kemasukan orang korporat ke dalam kerajaan tidak memberi apa-apa kesan jika keadaan tersebut tidak berubah terutamanya dari segi penggubalan polisi yang tidak mapan. Malah seorang tokoh korporat yang hebat pun tidak akan mampu membuat sebarang perubahan jika beliau terikat kepada birokrasi yang sama.

Siapa Pembuat Polisi?

10. Ada yang mengatakan bahawa kemasukan kumpulan korporat sebagai JUSA akan memantapkan lagi polisi negara. Apakah ini bermakna Perdana Menteri telah hilang kepercayaan kepada kemampuan para Menterinya untuk memimpin Kementeriannya membentuk polisi-polisi yang baik untuk negara dan diterima rakyat.

11. Soalnya siapa yang sepatutnya membuat polisi, Menteri atau JUSA? Jika JUSA korporat akan diberi tanggungjawab membuat polisi, Menteri jadi apa? Tukang angguk?

12. Sesuatu polisi kerajaan harus dirangka dan difahami oleh Menteri sebelum diminta pegawai kerajaan melaksanakannya. Adalah tugas menteri untuk berfikir, mencari pandangan pihak luar sama ada di kalangan ahli korporat, ahli akademik mahupun pakar-pakar dalam bidang tertentu sebelum Kementeriannya menggubal polisi untuk di bawa ke kabinet bagi kelulusan.

13. Apakah daripada 140 orang ahli Parlimen Barisan Nasional ini tidak ada yang pintar, cerdik dan mampu berfikir, seperti ahli tokoh-tokoh yang hendak dibawa masuk sebagai JUSA, untuk dilantik sebagai Menteri?

Masalah Individu Korporat

14. Kebanyakan mereka di dalam bidang korporat merupakan kumpulan manusia yang berorientasikan materialistik dan keuntungan organisasi. Apakah mereka mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerajaan yang lebih berorientasikan keuntungan kepada rakyat dan masyarakat melebihi keuntungan kepada kerajaan?

15. Jangan nanti kemasukan JUSA luar ini menjadikan mereka kumpulan yang lebih berkuasa daripada Menteri. Ini akan menyebabkan banyak polisi kerajaan tidak lagi mengambil kira kepentingan rakyat dan survival Barisan Nasional. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (Government Link Company - GLC). Adakah mereka ini menambahkan kasih sayang rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional atau sebaliknya?

16. Jangan nanti kerajaan sudah menjadi organisasi korporat yang akhirnya dibenci rakyat kerana polisi-polisi yang digubal oleh kumpulan ini.

Baca artikel pertama Datuk Seri Khir Toyo - JUSA Luar -Sistem Kerajaan Akan Porak-Peranda?

No comments:

Popular Posts