Thursday, November 3, 2011

#TeaterJutaJutaPutrajaya: Apa kata blogger dan penulis karya?


Apa yang lucu diperkatakan tu?

Jom Reramai Tonton Teater Juta-Juta Ke Putrajaya

by kak ina kl on Rabu, November 02, 2011

Setelah sebulan setengah berlalu, teater Juta Juta yang telah di pentaskan di Stor DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) pada 21 hingga 26 September yang lalu telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik. Teater Juta-Juta telah mengembangkan pementasan mereka ke Putrajaya dengan pembawaan yang lebih menarik dengan tajuk baru 'Teater Juta Juta Ke Putrajaya'.

Selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Putrajaya sebagai 'Bandar Mesra Belia', MASK Team dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya telah mewujudkan kolaborasi khas untuk mementaskan sekali teater bergenre satira ini di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya bermula 10 hingga 13 November 2011 pada jam 8.30 malam.

Teater yang mengisahkan tiga graduan seni persembahan yang sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.



mari lihat gambar-gambar semasa sidang media dan baca artikel penuh di blog Tertunailah Hasrat Di Hati:


Teater Juta-Juta ke Putrajaya
dipetik dari blog Vitamin




Alhamdulillah, setelah lebih kurang sebulan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Teater Juta-Juta akan dipentaskan kembali di Putrajaya pada 10-13 November 2011 di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3 (berhadapan Istana Kehakiman). Bagi sesiapa yang terlepas menonton Teater Juta-Juta di Stor Teater DBP dijemput hadir ke pementasan semula di Putrajaya. Bagi sesiapa yang sudah menonton dan mahu menonton lagi, dialu-alukan.

Aku secara peribadi sangat berbesar hati apabila karya aku yang kecil ini dibawa ke tempat lain di atas permintaan pihak penganjur. Mereka tampaknya betul-betul menghargai bakat dan karya yang mereka tonton dulu dan cuba memberikan lebih sokongan pada aku dan kawan-kawan aku yang sama-sama struggle dalam seni teater.

Pihak penerbit juga sangat beriya-iya menghebahkan karya kecil aku ini di merata media massa supaya ianya dapat membuka mata masyarakat bahawa wujud suasana teater alternatif. Aku juga bersetuju dengan usahanya demi mengangkat karya golongan-golongan muda dalam teater alternatif. Aku tahu banyak kewujudan teater alternatif di Malaysia tetapi kurang mendapat hebahan media. Dan aku kira, usaha kami ini menjadi langkah permulaan untuk berkembang lebih luas lagi. Jadi, tidaklah nanti orang lain hanya fikir teater itu adalah Istana Budaya walhal banyak lagi kumpulan yang menjadi tulang belakang kepada industri teater tanah air.

Kepada semua pembaca blog ini, aku mengalu-alukan kedatangan kalian. Pas masuk berharga RM20 boleh ditempah sekarang dengan menghubungi Hilal di talian 019 - 357 2093. Sila like page rasmi Teater Juta-Juta untuk dapatkan maklumat dan perkembangan terkini. Kami akan buat kuiz dan edarkan tiket secara percuma untuk jawapan yang tepat. Klik juga RSVP di Facebook. Bagi yang menggunakan Twitter, ikuti perkembangan terkini kami di #teaterjutajutaPUTRAJAYA.

Mari bantu memperkembang industri teater alternatif tanah air.



Popular Posts