Sivarasa Rasiah, Seksualiti Merdeka 2008
[Nota: Tan Sri Rahim Noor betul bila beliau menyamakan gerakan hak asasi manusia dengan fahaman komunisme yang akan mempersoalkan perkara-perkara yang diterima oleh semua kaum dan agama. Beliau juga menyifatkan gerakan hak asasi ini sebagai agama baru. Jelas sekali gerakan Seksualiti Merdeka adalah salah satu dari `rukun agama baru hak asasi' yang sedang dibawa oleh Ambiga dan rakan-rakannya.
Jika Pas masih lambat sedar dan membuat pendirian mengenai perkara ini dan enggan memutuskan hubungan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang membawa gerakan ini, maka amat besar kemungkinan bahawa Pas sudah mula diresapi oleh anasir Barat dan musuh Islam. Setakat ini hanya Dewan Pemuda Pas sahaja yang bersuara. Malangnya suara Dewan Pemuda Pas selalu dilihat sebagai suara kodok selepas hujan atau ibarat tong kosong; bunyi lebih, apa pun tarak. Suara yang tidak dipandang dan didengar pun oleh kepimpinan Pas dan PR.
Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato Khalid Abu Bakar tadi menyatakan ekoran laporan polis semalam, siasatan telah dimulakan di bwh S298A KK dan S27A(1)(c) AP. Sejumlah 17 NGOs membantah, termasuk perstuan pengamal agama Islam, Kristian, Buddha dan mereka meminta agar tindakan diambil terhadap penganjur. Satu laporan polis dan satu Memo kepada Ketua Polis Negara telah dibuat semalam. MULAI HARI INI PDRM AKAN HENTIKAN APA SAJA EVENT YANG AKAN DIADAKAN OLEH PENGANJUR. Polis menasihati kepada orang ramai agar tidak menghadiri apa-apa acara yang dianjurkan oleh penganjur. POLIS juga MENASIHATKAN BAR COUNCIL SUPAYA MEMBERI nasihat yang betul kepada penganjur. Polis tidak menghalang atau sekat hak asasi manusia namun homoseksualiti merupakan satu kesalahan dalam negara, jadi penganjur jangan terus mempromosi dan mengalakkan perkara tersebut. Penganjur akan dipanggil untuk diberi nasihat oleh polis selepas ini. Media diminta buat hebahan kepada orang ramai.]
3 comments:
setuju dengan tindakan pihak polis....
Malaysia dah nak jadi seperti barat ke? Buat program mcm ni. Bala bala
kalau lantik org PR jd mcm ni la
Post a Comment