Thursday, November 3, 2011

#AUKU: Hakim terkhilaf bila putuskan AUKU menyalahi perlembagaan?



[Nota: Artikel di bawah di petik dari blog Celah Gelegar. Saya pernah menulis mengenai mahasiswa dan politik kepartian. Dalam tulisan Mahasiswa dan Politik Kepartian saya mengulas tentang realiti mahasiswa dan keutamaan mereka. Bagi saya, kerajaan perlu menjadi kerajaan yang bertanggung jawab; dan dalam keadaan mahasiswa mempunyai pelbagai keutamaan, melibatkan diri dengan parti politik seharusnya menjadi perkara yang terakhir dalam senarai pelajar. Jika kita mahu mahasiswa memberi pandangan yang bebas, tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik, maka seksyen 15 ini wajar mahasiswa sendiri pertahankan. Lagi pun bukan semua mahasiswa mahu menjadi pemimpin politik. Pegawai Kerajaan Kumpulan A, Polis dan Tentera tidak dibenarkan untuk terlibat dalam politik dan tidak dibenarkan menubuhkan parti politik atas tujuan yang baik dan Seksyen 15 juga mempunyai niat yang serupa dan bersifat melindungi mahasiswa. Atas sebab itu ada kemungkinan Hakim mungkin terkhilaf apabila menyatakan Seksyen 15 tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan.]

AUKU - ramai yang tidak faham

[Akta A1342]Akta universiti dan kolej universiti (pindaan) 2009
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 6 Januari 2009
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 8 Januari 2009

Pindaan seksyen 2

2. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 -

(d) dengan menggantikan takrif “pelajar” dengan takrif yang berikut: ‘ “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;’;

Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:

“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.


(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—


(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—


(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan tatatertib.


(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah diuruskan mengikut seksyen 16.”.


Soal Jawab Tentang AUKU

1. Kenapa Kerajaan tidak mansuhkan AUKU agar pelajar boleh berpolitik?

Jawapan:

AUKU merupakan punca kuasa bagi sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus universiti, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya Seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Jika diminta agar AUKU dimansuhkan maka ia menunjukkan seseorang itu buta undang-undang.


2. Kenapa Kerajaan tidak pinda Seskyen 15 bagi membolehkan pelajar berpolitik?

Jawapan:

Pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Disamping sesi brainstorming antara ahli, mereka turut mendapatkan pandangan banyak pihak seperti ibubapa/orang ramai, SUHAKAM, pegawai Kerajaan, wakil parti politik Kerajaan, wakil parti politk pembangkang dan sebagainya. Keputusan yang diambil adalah tepat pada masa itu walaupun sudah tentu tidak dapat memenuhi kehendak semua orang.


3. Pelajar menjadi tidak kreatif jika aktiviti mereka dalam politik dikongkong.

Jawapan:

Kegiatan bersifat politik masih dibenarkan diadakan di IPT dengan syarat ianya haruslah berbentuk akademik dan tidak menjurus kepada parti-parti politik tertentu. Sebagai contoh program pengajian Sains Politik telah lama diperkenalkan di beberapa IPT di Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan politik. Selain itu beberapa forum yang membincangkan isu politik semasa secara ilmiah telah banyak diadakan di beberapa IPT, di samping memperkenalkan sudut pidato di setiap IPT yang memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat pidato mereka.

4. Kenapa pelajar luar negara (Kelab UMNO luar negara) boleh terlibat politik?

Jawapan:

AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA dan tidak terpakai kepada pelajar luar negara. Penubuhan persatuan di luar negara adalah tertakluk kepada undang-undang di negara tersebut. Kalau nak tubuh Kelab PAS luar negara atau Kelab PKR/DAP luar negara pun boleh.

5. Jika AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA, adakah pelajar IPTS dibenar menjadi ahli parti politik?

Jawapan:

AUKU tidak terpakai kepada pelajar IPTS tetapi mereka tertakluk kepada Akta IPTS [Akta 555] yang juga terdapat seksyen yang melarang pelajar menjadi mana-mana parti politik.

6. Adakah AUKU menghalang semua pelajar berpolitik?

Jawapan:

AUKU tidak menghalang secara total mana-mana pelajar untuk berkecimpung dalam arena politik. Ini berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) AUKU. Ini akan membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar bagi sesuatu kursus di Universiti tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.

7 comments:

♥ ieRa ♥ said...

bagus info ini...
sy kurang tau jgk pasal politik2 skrg ni...

hitch said...

Hakim kadang2 bodoh gak.....bila kata kenapa nak halang pelajar dari masuk politik??....nak jadikan pelajar itu mcm robot tidak kreatif??...

Aku naik gelak dibuatnya....istilah kreatif bukan hanya tertakluk pada politik malah melibatkan banyak cabang.....Dlm U pun byk Subject yg diajar....kat situ boleh curahkan semua kreatif yg ada.....apa susah..kenapa nak kreatif dgn politik jea...

Aku rasa hakim tu pun ..sama gak kaki politik pembangkang.....

ajai62 said...

Assalam Bro

Masalahnya adakah mahasiswa dan bakal mahasiswa itu betul2 faham apa itu AUKU... Kerana sibuk nak berpolitik dan hanya bersangkut paut dengan seksyen 15 tu kenapa AUKU tu nak dimansuhkan... masuk akal ke... Kalau dah tak AUKU esok IPTA nak guna undang2 apa pulak untuk mentadbir Universiti... Guna undang2 rimba ke?

bujangsenang said...

maklumat yang baik....

Anonymous said...

Kerajaan Jangan Tak Buat Rayuan. Tunggu dulu, apa pula kata Mahkamah Persekutuan.

Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.

Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.

Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya.

Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahami bukan pemikiran beremosi dan popular.

AUKU tidak sedikitpun menghalang sesiapa yang berkelayakan mengundi. Siapa yang tidak mahu kebebasan. Tetapi kebebasan tanpa peraturan akhirnya!!! perhimpunan seperti seksualiti Merdeka apakah itu kebebasan??

Anonymous said...

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sendiri-mau-ingat-bila-sultan-selangor-tak-berkenan-orang-politik-masuk-unisel.html

SELASA, 09 OGOS 2011 00:12
... Sultan Selangor bertitah lagi, kali ini mengingatkan pihak-pihak berkenaan supaya politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya Kuala Selangor.

Menurut Baginda amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di UNISEL dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.

Anonymous said...

mahasiswa perlu bawa aspirasi tulen, bukan jadi rubber stamp pembangkang!

Popular Posts