[Nota: Dulu mereka menentang, hari ini dah flip-flop pula. Memang dasar hipokrit!]
Sinchew Daily News
m/s 28
7 November 2011 (Isnin)
Kementerian Pelajaran Degil
Penulis: Yan Yu
Pergerakan pertubuhan PIBG dalam facebook mendapat 75 ribu ibu bapa menyokong kekalkan PPSMI. Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran Muhyiddin Yassin berkata, jika dibandingkan dengan murid seramai 530 ribu orang, dengan bilangan 10 ribu buah sekolah termasuk guru-guru dan murid-murid, bilangan 75 ribu itu jika dibandingkan adalah terlalu kecil.
Makna di sini menunjukkan, kementerian pelajaran telah mengeluarkan arahan untuk mansuhkan polisi PPSMI yang telah dilaksanakan selama 9 tahun itu, adakah seramai 530 ribu murid dan guru-guru itu semua setuju? Adakah pihak kementerian pelajaran sudah membuat soal selidik terprincin, mendengar suara guru-guru dan murid-murid berkaitan pandangan mereka terhadap PPSMI?
Di peringkat sekolah rendah menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar sains dan matematik, dikartakan ia mudah difahami, tidak perlu dihuraikan lebih lanjut dari itu. Murid-murid boleh menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bahasa kebiasaan serta bahasa kemahiran mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan itu, bagi memperkukuhkan asas sains dan matematik mereka, memang secara amnya orang ramai tidak membantah.
Apabila melangkah ke sekolah menengah, sains dan matematik ditukar kepada bahasa kebangsaan? Murid sekolah rendah yang naik ke sekolah menengah akan bertanya: “selepas sekolah menengah masuk ke kolej dan universiti, bahasa penghantaran sains dan matematik menggunakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris?”
Cuba kita lihat pada tahun 80-an sekumpulan orang-orang yang berpengalaman belajar sains matematik menggunakan bahasa kebangsaan; “adakah kamu semua mendapat manfaatnya?” orang-orang yang tidak melanjutkan pelajaran ke Universiti, “ langsung tidak mendapat sebarang manfaat dari pembalajaran itu.”
Selepas tamat universiti ataupun kolej, dunia maklumat sains dan matematik, buku-buku pendidikan serta buku-buku rujukan semuanya dicetak dalam bahasa Inggeris, tangan kita boleh jadi lenguh menyelak muka surat-muka surat kamus. Buat laporan kerja-kerja kursus tesis menggunakan bahasa Inggeris, perbendaharaan kata dalam penggunaan bahasa sains dan matematik lintang pukang dan bercampur aduk, kita perlu tahu tatabahasa bahasa Melayu berkaitan sains dan matematik kebanyakannya diolah dari bahasa Inggeris! Susah untuk membentuk sebuah kerja kursus yang betul, jika menggunakan bahasa lisan untuk tujuan itu juga lebih menyusahkan kita.
Kementerian Pelajaran membuat keputusan secara degil, secara mudah heret pendidikan negara ini undur 30 tahun ke balakang, melawan arus balik kepada tahun 1980-an, di Abad ke-21 hari ini, harapan rakyat melihat pelajaran negara ini berpatah balik di kedudukan asal seperti dahulu, rakyat sudah tidak dapat bersabar lagi; kerana kementerian pelajaran mahu kita kembali ke zaman tahun 1980-an, kembali kepada asal dulu?
Jawapan dan teriakan oleh murid-murid sekolah rendah pun boleh memahaminya secara jelas isu itu, walaupun mata orang-orang dewasa tidak nampak dan tidak perasaan perkara itu berlaku, sebenarnya pihak mereka mahu gadaikan masa depan anak-anak secara terang-terangan, apa maksudnya semua itu?
1 comment:
Pendirian tak tetap. Dah pastinya kerajaan telah mengkaji baik buruk atas pemansuhan PPSMI. Kalau terus dijalankan alamatnya makin ramai pelajar yang tercicir kelak
Post a Comment