ISU NATIONAL FEEDLOT CORPORATION |
Kenyataan saya berhubung isu National Feedlot Corporation yang mana terbahagi kepada dua, iaitu bahagian satu yang merangkumi kenyataan akhbar yang telah saya buat di parlimen dan juga respon serta jawapan saya kepada kenyataan YB Machang, yang terkandung dalam kenyataan beliau, di bahagian dua. Bahagian 1: Kenyataan YB Rembau – National Feedlot Corporation atau Pusat Fidlot Nasional Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) atau Pusat Fidlot Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan bahawa projek tersebut adalah gagal. Pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan tersebut bersifat liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihanraya dengan pertelagahan dalaman sesama umpama retak menunggu belah. Terdapat beberapa kepincangan daripada tuduhan mereka yang mana bersifat melulu dan kejahilan yang sangat nyata: - [1] Pembangkang menuduh bahawa pihak NFC mendapat tanah seluas 5,000 ekar secara percuma Ini adalah satu kepalsuan kerana NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI). Maknanya bukan sahaja tanah itu lebih kecil iaitu 70% lebih kecil daripada yang didakwa malahan tanah itu adallah tanah pajakan. [2] Dakwaan bahawa daging mentah keluaran NFC dijual kepada restoran Meatworks, Senor Santos dan Brawn yang beroperasi di Singapura. Ia bukan sahaja tidak masuk akal bahkan mustahil kerana NFC beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Singapura tidak membenarkan sebarang pengimportan daging mentah daripada Semenanjung Malaysia akibat kerisauan risiko penyakit kaki dan mulut (foot and mouth disease). [3] Tuduhan bahawa projek fidlot tersebut gagal menepati sasaran asal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 60,000 ekor lembu setahun Perlu diteliti bahawa projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, iaitu dua tahun selepas bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran di mana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011. Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa“sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai.” Mengikut laporan yang sama, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8016 ekor bagi tempoh 2008 – 2010, dan daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga akhir bulan November 2010. Oleh itu, sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya telah tercapai. [4] Pembangkang menuduh Kerajaan berbohong apabila menyatakan bahawa tidak semua daripada jumlah pinjaman RM250 juta yang diberi telah dibayar bagi kegunaan NFC Pembangkang membuat tohmahan berasaskan kepada laporan penyata kewangan tahunan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, yang telah difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana telah menunjukkan hutang jangka panjang sejumlah RM256,082,518 yang terdiri daripada pinjaman daripada Kerajaan sebanyak RM250,000,000 dan geran Kerajaan sejumlah RM6,082,518. Dengan laporan tersebut, pembangkang mendakwa bahawa jumlah pinjaman tersebut telah disalurkan sepenuhnya untuk digunakan oleh NFC. Ini adalah satu pembohongan dan kecuaian. Ini kerana mereka mengambil sikap untuk langsung mengabaikan laporan Ketua Audit Negara 2010, yang mana sedang hangat dijaja mereka, yanga mana laporan itu menyatakan jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta. Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman. Jika laporan Ketua Audit Negara bagi kedudukan Disember 2010 menyatakan bahawa masih ada baki masakan pembangkang boleh terus mengatakan bahawa pada Disember 2009, kesemuanya telah disalurkan. Ini menunjukkan kecuaian dan sikap mereka mendiskriminasi dan memusingkan fakta untuk kepentingan politik. Disamping itu, ingin dijelaskan bahawa sejurus selepas kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pinjaman sejumlah RM250 juta itu. Ia telah dimasukkan kedalam sebuah akaun khas di atas nama NFC namun dikawal selia dengan ketat oleh Kerajaan. Bagi tujuan sebarang pengeluaran, pihak NFC hendaklah membuat kertas kerja dan justifikasi untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal (Authorised Technical Commitee dibawah Jabatan Veterinar) yang telah ditubuhkan khas bagi mengawal selia dan menantau projek fidlot ini. Setelah Jawatankuasa Teknikal berpuas hati maka ia akan mengeluarkan kelulusan untuk pertimbangan Kementerian Kewangan, yang mana mempunyai keputusan akhir pengeluaran wang dari akaun khas tersebut. Setelah kesemua proses itu meluluskan keperluan pengeluaran maka pihak Kerajaan, yang mana merupakan salah satu daripada penandatangan akaun bank tersebut, akan menandatangani pengeluaran dana yang dipohon. Ia satu proses yang ketat. Apa yang ingin diketengahkan adalah proses kawal selia dan pemantauan di mana pinjaman itu walaupun sudah diluluskan mesti melalui proses pengeluaran yang ketat. Yang kedua, tuduhan yang mana kesemua wang tersebut telah disalurkan untuk diguna NFC adalah satu penipuan dan menampakkan sikap pembangkang yang bukan sahaja mendiskriminasi bahkan sengaja mengenepikan laporan Ketua Audit Negara 2010 bila dirasakan tidak menguntungkan mereka. Berdasarkan status terkini, jumlah pengeluaran terkumpul adalah sebanyak RM180.5 juta. [5] Pengeluaran wang serta pemberian diskaun kepada syarikat sekutu Pihak pembangkang mendedahkan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan juga memberikan diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutunya iaitu Real Food Company Sdn Bhd (RFC). Perlu dijelaskan bahawa tujuan projek fidlot ini mempunyai pelbagai objektif sebagaiaman di bawah dan bukannya sekadar menghasilkan daging mentah: a) Pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang, makmal dan sebagainya yang boleh menampung keperluan keseluruhan projek ini b) Memenuhi konsep pembangunan PFN yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Integrator PFN meliputi rangkaian pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bekalan input secara bersepadu, serta membeli hasil peladang kontrak atau ladang satelit, sebagai integrator c) Membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia d) Menjanakan kapasiti membangunkan industri pedaging negara dari aspek penghasilan produk termasuk hasil hilirannya, membawa dan mengadaptasikan teknologi penghasilan ternakan, menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam system pengeluaran dan juga pemprosesan, dan melaksanakan pemindahan teknologi baru dalam pengeluaran ternakan rangkaian PFN. Di dalam aspek ini, NLMC telah dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit. Pada masa yang sama ia juga berperanan untuk memaju operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Entrepreneur Development Program. Ia adalah salah satu teras objektif projek ini iaitu bagi membina ekosistem industri fidlot. Berhubung dakwaan tentang pemberian diskaun, RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging melalui RFC seperti hypermarket besar di negara, termasuk Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani seluruh negara, dan juga pasaran ‘horeca’ (hotel-restaurant-catering) dan syarikat-syarikat pengeluar makanan downstream seperti burger dan hotdog. baca kenyataan penuh di http://www.rembau.net.my/ |
Wednesday, November 9, 2011
#Lembu Fidlot: Pembangkang buat tuduhan liar demi tagih perhatian - KJ
sumber: UMNO Online
KUALA LUMPUR, 9 Nov – Pemuda dan Wanita UMNO hari ini menyifatkan tuduhan pihak pembangkang berhubung Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihan raya umum.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC) adalah tidak benar.
“Tuduhan yang dibuat ada banyak kelemahan dari segi fakta, hujah dan dasar kerana tidak membawa apa-apa kebenaran di mana saya sendiri telah membuat penyelidikan yang dibuat melalui laman web dan temu ramah dengan pihak berkaitan.
“RM81.2 juta itu bukan sahaja bertujuan menghasilkan daging mentah tetapi juga untuk membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Katanya NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.
“Ia juga berperanan untuk memajukan operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan,” katanya.
Manakala berhubung dengan dakwaaan tentang pemberian diskaun, anggota Parlimen Rembau itu berkata RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging.
“Ini termasuklah hypermarket besar di negara ini seperti Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran hotel-restaurant-catering’,” katanya lagi.
baca lagi di rembau.net - Isu National Feedlot Corporation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran PEKEMBAR/UMNO ke-65 - Semoga Allah terus memberi petunjuk, merahmati dan memberkati semua pejuang per...
-
1. Rakyat Malaysia dan institusi pelaburan awam dan dana awam tidak wajar membenarkan diri mereka ditipu untuk kesekian kalinya oleh Ahli Pa...
-
MENGAKUI bahawa UMNO sejak penubuhannya sentiasa mendukung, mempertahan, mengembang serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam sesuai dengan...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
1 comment:
hmm tuduh sana sini itu ini apa yang dapat??? dosa ada la...
Post a Comment