Saturday, October 29, 2011

JOM tengok #PertandinganTeater10minit di Putrajaya hari ini, jam 2 petang di Menara KBS


Majlis Belia Kawasan Putrajaya bersama dengan Bahagian Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan sedang menganjurkan Pertandingan Teater 10 minit Belia Putrajaya. Pertandingan ini diadakan secara berkala iaitu pada bulan September, Oktober dan November.

Matlamat pertandingan ini adalah untuk menggalakkan lagi perkembangan seni teater di dalam komuniti Putrajaya. Sesuai dengan pemasyhuran Putrajaya sebagai Pusat Kegiatan Belia dan usaha untuk menceriakan lagi Putrajaya, Majlis Belia Kawasan berpadangan bahawa usaha merakyatkan teater ini sedikit sebanyak akan dapat membantu agar hasrat ini dicapai.

Sesi promosi bagi pertandingan ini telah diadakan pada 30 Julai 2011 dan Pertandingan Teater 10 Minit Volume 1 pada 24 September 2011 lalu bertempat di Dewan Serbaguna Podium A, Kementerian Belia dan Sukan. Peserta terdiri daripada anak-anak muda Putrajaya dan di peringkat awal ini, terdapat juga penyertaan dari institusi di luar Putrajaya.

Berdasarkan format pertandingan tersebut, markah pertandingan pada bulan September dan Oktober akan dikumpulkan dan dibawa ke pertandingan akhir pada bulan November dimana pada pertandingan akhir tersebut banyak kategori akan dipertandingkan dan hadiah akan diberikan pada setiap kategori.
Justeru itu, untuk kesekian kalinya Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya Volume 2 bagi bulan Oktober akan ditandingi oleh 10 kumpulan belia seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Podium A, Kementerian Belia dan Sukan, Presint 4, Putrajaya

JOM tengok Teater 10 minit! Sama-samalah kita promosikan dan merakyatkan seni teater di Bandar Belia Putrajaya.

No comments:

Popular Posts