Tuesday, September 6, 2011

#MajlisBeliaPutrajaya buat laporan polis Mat Sabu hina pejuang kemerdekaan


Sdr Shah, Fauzi, Azizan, Nasru dan Zaikhan buat laporan polis


Sdr Nasru Syazwan membuat kenyataan akhbar


Berikutan kenyataan Mat Sabu yang menidakkan peranan pejuang kemerdekaan negara, semalam, 5 September 2011, Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) yang diwakili Timbalan Pengerusinya, Sdr Nasru Shazwan telah membuat laporan polis di IPD Putrajaya.

Menurut sdr Nasru, laporan polis ini dibuat oleh MBKPj sebagai tanda protes dari rakyat Malaysia yang bertanggung jawab ke atas tindakan cabul Mat Sabu yang secara suka-suka mengubah fakta sejarah menidakkan jasa pejuang kemerdekaan negara dan sebaliknya mengiktiraf pengganas dan pembunuh kejam Parti Komunis Malaya (PKM) pula sebagai pejuang kemerdekaan.

Laporan polis ini juga dibuat aga pihak polis dapat melaksanakan siasatan ke atas Mat Sabu dan melalui siasatan ini, diharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas ke atas Mat Sabu. Pada waktu yang sama, siasatan polis ini juga diharapkan dapat digunakan oleh waris dan keluarga pejuang kemerdekaan, iaitu waris dan keluarga Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman dan semua anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman ke atas Mat Sabu. Selain waris dan keluarga, MBKPj juga berharap agar Persatuan Bekas Perajurit, Persatuan Bekas Polis dan Peguam Negara yang mewakili kerajaan juga turut menyaman Mat Sabu di atas tindakannya.

No comments:

Popular Posts