Tuesday, September 27, 2011

Akhbar Cina: PKR dan DAP Johor bergolak kerana si pengacau Chua Jui Meng


China Press
m/s A12, 20 Sept 2011

Maklumat bocor parti berpecah belah, DAP tolak perbincangan dengan PKR

19hb Gerisek Muar, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Johor Dr. Boo Cheng Hau mengakui, DAP boleh berbincang semula berkaitan pembahagian kerusi bertanding dengan Pas, tetapi bukan dengan PKR.

Dr. Boo berkata, pengerusi gabungan PKR negeri Johor Datuk Chua Jee Ming sendiri mahu orang “tutup mulut” sebaliknya ahli PKR sendiri timbulkan isu, sebab itu DAP perlu bersuara, jika tidak ia akan memburukkan suasana pengundi.

Beliau mengakui, setakat ini bukan masa yang terbaik untuk umumkan calon bertanding, pada keadaan sekarang ini, DAP tidak lagi umumkan kawasan mana yang DAP mahu tandingi, selama ini hanya PKR sahaja yang kecoh bocorkan rahsia itu.

Mungkin berlaku lawan tiga penjuru “perbincangan antara DAP dan PKR negeri Johor telah retak, adakah kawasan bertanding berlaku lawan 3 penjuru, ini perlu diserahkan kepada pusat untuk menentukannya”.

Boo Cheng Hau berkata demikian di sidang pemberita semasa adakan majlis bertajuk “tukar kerajaan, rakyat baru ada harapan” anjuran DAP Gerisek Muar.


PKR tidak ikhlas, Tiada sebab DAP lepaskan kawasan Tangkak

Boo Cheng Hau berkata, sebelum ini semasa perbincangan, pihak PKR langsung tidak ikhlas dan mengatakan DAP hanya boleh bertanding di kawasan majoriti kaum Cina yang melebihi 60 peratus. Ini adalah tidak wajar.

Boo Berkata, Chua Jee Ming adalah pengerusi PKR negeri Johor yang ke-5. Keempat-empat pengerusi PKR yang sebelum ini tiada masalah bekerjasama dengan DAP, di antara kami mempunyai persefahaman yang tertentu.

Boo mengingatkan Chua Jee Ming, Chua perlu tahu tradisi perbincangan antara ahli Pakatan Rakyat di negeri Johor.

Boo Cheng Hau juga anggap, DAP tiada sebab untuk lepaskan bertanding di DUN Tangkak.

Kawasan itu memang kawasan DAP, selain daripada PRU tahun 2004 diserah kepada PKR, pada PRU 2008 kita DAP sekali lagi bertanding di kawasan itu, pada masa sama kita juga minta calon Pas di Parlimen Ledang lepaskan calon mereka kepada PKR, supaya PKR dapat bertapak di situ.

Beliau berkata walaupun DAP kalah 200 lebih undi di kawasan Tangkak pada PRU 2008, selepas itu DAP dan pemuda DAP beterusan berkhidmat kepada masyarakat di kawasan itu.

Boo berkata, dari segi syarat-syarat keberadaan DAP di kawasan Tangkak, tidak ada sebab DAP melepaskan kawasan Tangkak.

No comments:

Popular Posts