Tuesday, August 23, 2011

Strategi DAP: Tawan 1/3 Johor, pasti ke Putrajaya



Mahu Memerintah Kerajaan Pusat Perlu Tawan 1/3 Kerusi Parlimen Di Negeri Johor: Boo Cheng Hau
Nanyang Siangpau, ms C9
22 Ogos 2011

Batu Pahat, 21hb - pengerusi DAP negeri Johor Dr. Boo Cheng Hau berkata, DAP negeri Johor akan turun padang bertemu masyarakat pada musim hari baik bulan baik ini, bagi mengedarkan sepuluh ribu kad ucapan Selamat Hari Kebangsaan dan kad Selamat Hari Raya kepada semua kaum.

Beliau berkata: “pada masa sama kad itu ditulis dengan 4 bahasa untuk kad ucapan selamat hari kebangsaan, menunjukkan DAP parti yang bersemangat pelbagai kaum”.

Beliau memberitahu, parti itu telah menempah 10 ribu kad ucapan itu melalui bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil untuk mengucapkan selamat hari kebangsaan dan pada masa sama menekankan “semangat bersatu padu”.

Boo Cheng Hau petang ini di cawangan Yong Peng semasa bersama jawatankuasa Parti negeri Johor dan pemimpin gabungan DAP pusat mengadakan mesyuarat berkata demikian.

Yang hadir termasuk timbalan presiden pusat merangkap jentera dan strategi pilihan raya DAP Tan Kok Wei, timbalan ketua propaganda DAP Pua Kiam Wei, setiausaha organisasi pusat DAP Wu Shin Yong dan beberapa ahli parlimen DAP.

Boo Cheng Hau berkata, pada PRU 1995, 1999, dan 2004, DAP tidak pernah memenangi sebarang kerusi di negeri Johor. Sebaliknya pada PRU 2008 DAP menang 1 parlimen dan 4 DUN. Ini adalah permulaan yang amat baik dan diharap parti dan rakyat di negeri Johor dapat menghayatinya dan menetapkan sebagai sasaran pada PRU akan datang untuk melangkah untuk memerintah Putrajaya dan Nusajaya.

Selain dari itu beliau berkata, apa yang disebut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong mengatakan DAP hanya tubuhkan pusat khidmat di kawasan parlimen DAP sahaja. Boo Cheng Hau menempelak kembali kata-kata itu dan berkata, DAP negeri Johor telah mewujudkan 12 pusat khidmat di negeri Johor.

Pusat khidmat itu selain diwujudkan di kawasan di mana DAP menang, DAP juga telah menubuhkan pusat khidmat di Yong Peng, Batu Pahat, Bukit Gambir, Tangkak, Pekan Nanas, Johor Jaya, Simpang Renggam dan Taman Daya.

Beliau juga umumkan, bahawa ketua penasihat DAP Lim Kit Siang telah mengumumkan bahawa negeri Johor diletakkan di barisan hadapan untuk ditawan, dan Jawatankuasa DAP negeri Johor telah menyokong sepenuhnya pengumuman itu.

Boo Cheng Hau berharap, pada PRU kali ini, daripada 26 kerusi parlimen di negeri Johor sekurang-kurangnya DAP dapat memperolehi 1/3 daripada kerusi-kerusi tersebut, bagi mencapai metlamat untuk memerintah Putrajaya. Walaupun pada PRU akan datang kita tidak dapat tawan negeri Johor, beliau percaya musim PRU yang seterusnya Pakatan Rakyat akan dapat memerintah negeri Johor.


Pakatan Rakyat Perlu Tambah Lagi 40 Kerusi Parlimen: Lim Kit Siang

Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat telah menang 82 kerusi parlimen pada PRU 2008. Jika mahu memerintah kerajaan pusat, sekurang-kurangnya memerlukan 112 kerusi parlimen, tetapi jika kita mahu menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil, kita perlu tambah lagi 10 kerusi, dengan itu pada PRU ke-13 perlu menang 30 hingga 40 kerusi perlimen berbanding PRU tahun 2008.

Beliau menegaskan, dengan itu keputusan pilihan raya di negeri Johor, Sabah dan Sarawak amat penting, jika dapat melepasi kemenangan 1/3 daripada kerusi parlimen di negeri-negeri itu, Pakatan Rakyat ada harapan memerintah Putrajaya.

No comments:

Popular Posts