Bagi kami menang dululah!
Lim Guan Eng kantoi semasa majlis makan malam DAP Selangor
Posted on August 23, 2011 oleh editor
Dia adalah lelaki yang sepatutnya mempunyai jawapan untuk setiap soalan tetapi apabila Lim Guan Eng hadir pada majlis makan malam pengumpulan dana DAP Selangor baru-baru ini, beliau membisu seribu bahasa apabila dihujani dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh warga Petaling Jaya.
Mereka bukan dari kalangan penyokong DAP yang biasa, di mana pemimpin DAP yang buta huruf pun dapat melepaskan diri, tetapi mereka adalah pengundi yang bijak dan mahu jawapan yang meyakinkan.
Dia amat terkejut dengan soalan-soalan dari para hadirin yang kesemuanya ingin mengetahui apa yang pemimpin Pakatan Rakyat akan lakukan sekiranya mereka memperolehi kuasa dalam pusingan seterusnya.
Mereka mendesak untuk mengetahui rancangan Pakatan Rakyat untuk ekonomi, pendidikan dan pengurusan kewangan. Menurut Malaysian Insider - dan kita semua tahu bagaimana berat sebelahnya portal berita pro-pembangkang ini - Guan Eng tidak dapat memberikan apa-apa jawapan yang tepat sama sekali.
Insider melaporkan bahawa "Lim nampaknya telah terperangkap dalam keadaan tidak bersedia dengan beberapa soalan dan tidak langsung menjawab mereka dan tidak pula menyediakan penyelesaian PR untuk menangani masalah kehilangan bijak pandai ke luar negara."
Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa pelan polisi PR akan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan persekitaran bebas rasuah serta pelan pembaharuan yang dinyatakan oleh manifesto Buku Jingga pembangkang.
Pendek kata, Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang rancangan.
Ia adalah satu kes klasik "menang dulu, kita fikir mengenainya kemudian" dan "jika kami di dalam DAP bernasib baik, seperti di Pulau Pinang, kami akan menuntut pujian dari kerja-kerja asas yang telah dilakukan oleh BN."
Satu-satunya cara untuk Guan Eng melepaskan diri semasa majlis makan malam DAP itu adalah dengan memberi jawapan yang mengelat dan mengarut seperti "kita akan meliberalisasikan ekonomi."
Tetapi adakah kita perlu merasa terkejut dengan jawapan yang tanpa ikatan daripada Lim Guan Eng kerana sehingga sekarang mereka masih tidak dapat memaklumkan kepada kita siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.
Pastinya bukan Lim Kit Siang. Jika Anwar Ibrahim akan ke penjara bagi tuduhan meliwat, maka bolehkah kita menganggap bahawa berkemungkinan dia adalah Pemimpin Agung Taliban - Hadi Awang? Adakah DAP akan bekerja dengan Hadi, yang terkenal sebagai pemimpin PAS, yang mahu melaksanakan undang-undang hudud, pengasingan jantina dan pengharaman konsert?
Jadi perkara terbesar yang DAP akan lakukan adalah dengan meningkatkan lagi harapan orang-orang Cina, berjanji kepada mereka bahawa setiap rakyat Malaysia akan mengundi PR dan akhirnya, orang-orang Cina berada di luar kerajaan bersendirian seperti yang telah berlaku di Sarawak.
No comments:
Post a Comment