Tuesday, August 23, 2011

Dr Osman "amat takut" sampai buat akuan bersumpah tentang `plastik'?



Dr Osman Akui Wakil Anwar Minta Tandatangan Laporan Perubatan

AIDCNews – 23/08/11 – Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, bekas doktor dari hospital swasta Pusrawi hari ini mengakui bahawa seorang peguam Melayu yang merupakan wakil Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memintanya untuk menandatangani laporan perubatan dan pengakuan bersumpah berkaitan dengan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat ‘akuan bersumpah’ ketika disoal mengapa beliau berbuat demikian, katanya “Saya amat takut,”.

Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat ‘akuan bersumpah’ itu, katanya, seorang pesuruhjaya sumpah Anwar dan peguamnya bernama Yusri.

Dr Osman dari Hospital Pusrawi merupakan doktor pertama yang ditemui Mohd Saiful, selepas dia mengadu diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008.

Semasa pemeriksaan ke atas Mohd Saiful, Dr Osman memberitahu keadaan duburnya normal dan tiada kecederaan dan menyatakan beliau cuba memasukkan plastik dengan bahan pelincir ke dalam dubur untuk Protoscope, namun katanya beliau memberhentikan serta merta pemeriksaan apabila Mohd Saiful memberitahu dia diliwat oleh VVIP dan doktor itu mencadangkannya agar menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.

Mohd. Yusof bertanya kenapa beliau tidak merekodkan latar belakang pesakit, doktor itu tergagap untuk menjawabnya.

Dr Osman juga mengakui bukan satu prosedur biasa menyediakan laporan perubatan ke atas pesakit yang tidak diperiksanya secara teliti, namun beliau melakukannya setelah diminta oleh salah seorang pegawai Pusrawi bernama Azlan.

No comments:

Popular Posts