AC Mizal, TF dan Tengku Azman mengagihkan makanan
Agihan untuk lebih 300 orang
Saiful dan Fahmi dari MBKPj turut membantu
Nasru, TF dan Fahmi dari MBKPj
Makan di sini terus
Jangan dicuba aksi begini, mereka telah menggunakan dadah sejak umur 18 tahun. Sehingga sekarang masih tidak mampu berhenti. Jangan sekali-kali terjebak!
Pagi tadi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) dan Pusat Khidmat Rawat dan Prihatin (CCSC) Chow Kit telah mengadakan program JOM Sahur dan Pendampingan Ke Arah Kehidupan Positif bersama golongan gelandangan, penagih, bekas penagih dan anak-anak mereka.
Seramai 40 orang sukarelawan SHEB, MBKPj, Yayasan Salam, CCSC dan AADK turun ke padang dan mengedarkan makanan kepada lebih 300 orang golongan gelandangan, penagih, bekas penagih dan anak-anak mereka di Lorong Haji Taib 3. SHEB diketuai oleh Pengerusinya dan juga merupakan Exco Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia sdr Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, MBKPj diketuai Pengerusinya, saya sendiri dan CCSC diketuai Pengurusnya En Raja Azizan Suhaimi. Turut serta dalam program ini adalah Pengarah AADK WP, En Abdul Rahman Hamid, pegawai Ibu Pejabat AADK, Sdr Amir dan Sdr Firdaus, dan Pengacara TV terkenal Datuk AC Mizal.
Selepas itu kami semua bergerak membawa paket makanan dan menziarahi golongan gelandangan yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Kami berhenti di sebuah jambatan yang di bawah ada hampir 40 orang gelandangan yang menjadikan jambatan tersebut tempat tidur mereka.
Selepas itu kami menerjah sebuah rumah yang berhampiran dan terperanjat kerana ada beberapa orang wanita yang sedang melepaskan gian. Kami sempat singgah sebentar ke Rumah Tampal (yang ditampal-tampal dengan kotak, papan, zink), satu-satunya rumah yang percuma di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk merakamkan aksi mereka melepaskan gian sebelum menyampaikan bekalan makanan kepada mereka.
Sedih melihat keadaan rumah yang begitu daif dan tiada bekalan elektrik. Kami terpaksa berjalan dalam rumah yang gelap itu dengan cahaya dari lampu kamera. Rumah yang uzur dan berbau inilah tempat untuk berlindung bagi bekas penagih yang baru keluar dari PUSPEN (dulu Pusat Serenti) di atas ehsan tuan rumahnya Abang Mat Kedah.
Banyak yang dipelajari pada pagi ini. Ada yang sayu dan ada yang sebak. Walaupun kerajaan ada memberi bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, namun masih banyak yang perlu dilakukan jika kita benar-benar mahu mereka dikeluarkan dari kitaran ganas ini. Ada yang sudah dijangkiti HIV dan ada yang sudah sakit-sakit kerana masih menunggu bekalan metadone yang mengambil masa begitu lama untuk sampai kepada mereka.
Lebih memilukan hati apabila melihat anak-anak kecil yang suatu masa dulu dilahirkan di daerah ini, masih terus berada di sini dan membesar di sini. Apakah masa hadapan mereka jika kita tidak mencari jalan untuk mengeluarkan mereka dari sini?
Mujurlah ada Yayasan Salam dan AADK yang berwajah baru dan yang berkesedaran baru untuk mereka ini bergantung harap, tetapi sampai bila? Walaupun ada bantuan yang diberikan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Kesihatan, JAKIM, MAWiP, Baitulmal dan AADK, namun ia belum mencukupi dan masih boleh dipertingkatkan lagi.
Layari http://www.adk.gov.my/html/ccsc/Pamplets_CCSC_Chowkit.pdf untuk maklumat mengenai CCSC Chow Kit dan sekiranya anda sudi menyampaikan bantuan kepada mereka yang terpinggir ini.
2 comments:
TF
Tahniah, usaha yang wajar dipuji. Harap diteruskan dan kalau boleh meliputi kawasan bandar dibawah negeri pembangkang pul, barulah boleh "telanjangkan" apa yang mereka buat
PahlawanKelate
tq Pahlawan Kelate, insyaallah kita akan lakukan :)
Post a Comment