Saturday, April 30, 2011

Video Seks - Mubahalah dan budak-budak PR #papajahat #kakiliwat

Bagi sesiapa yang hendak memahami tentang soal mubahalah boleh membaca dari dua blog ini. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Dr Mohd Radzi Othman, beliau pernah menjadi pensyarah Jabatan Pengajian Islam, di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin. Saya mengenali beliau sebab pernah mengambil kertas di bawah beliau semasa di USM.

Hukum-Hakam Mubahalah

Wawancara dengan Dr Radzi mengenai mubahalah

Bagi budak-budak PR yang masih tidak berapa faham konteks mubahalah (macam mana mereka nak faham, kalau mereka ada ilmu dan faham aqidah, taklah mereka menganut dan menyokong sosialisme), biarlah diterangkan sekali lagi bahawa;

  1. Allah dan RasulNya tidak pernah menghalang mana-mana umat Islam untuk bermubahalah. Jadi siapa budak-budak PR yang mahu menghalang mubahalah? Mereka nak jadi Tuhan kah?
  2. Soal mubahalah adalah hak Eskay dengan Allah. Sekiranya selepas bermubahalah, dia dilaknat oleh Allah, apa masalah budak-budak PR? Apa yang mereka takut?
  3. Sekiranya Eskay bermubahalah dan jika Anwar di pihak yang benar, sepatutnya Anwar lebih berani untuk bermubahalah. Kenapa takut?
  4. Soal sama ada Anwar salah atau benar itu soal lain. Yang penting, jika Anwar berani bermubahalah, kita mahu melihat sama ada Anwar dilaknat Allah SWT atau tidak selepas itu.
Untuk budak-budak PR yang gagal memahami konteks antara mubahalah dan 4 saksi di mahkamah; budak-budak PR perlu belajar melihat konteks;
  1. Mubahalah adalah di antara seseorang individu dengan Allah swt
  2. Proses pembuktian kes jenayah sama ada melalui saksi mahupun bukti saintifik adalah soal mahkamah dunia

Kedua-duanya adalah untuk matlamat dan dalam konteks berbeza. Sepanjang semalam, belum ada budak-budak PR yang berani menjawab soalan saya ini;

"Jika saudara salah, beranikah saudara bermubahalah? Jawab berani atau tidak?". jelasnya semua budak-budak PR gagal menjawab soalan mudah ini, melainkan memberi jawapan yang berbelit-belit!

Entah apalah yang diajar oleh ustaz-ustaz Pas kepada budak-budak Pas. Yang Melayu PKR, tak payah cakap lah. Kalau mereka ada ilmu, mereka tidak akan menganut dan menyokong sosialisme, pluralisme dan menyokong usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

Kalau budak-budak Pas tak berapa ada ilmu, kita tak harap budak PKR boleh membezakan kaedah feqah antara li'an dan mubahalah. Jadi dengarlah penjelasan Dr Asri untuk memahami perbezaan di antara keduanya -





2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam tuan blog.


pinjam artikel menarik tuan utk disiar dalam blog ambo.


ramai keliru isu sumpah ni.

tq

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

silakan bro, percuma je. x pyh byr utk sebarkan kebenaran :) tq sbb sudi singgah :)

Popular Posts