Friday, April 29, 2011

Video: Budak PR yang solat sebelah imam tadi mungkin syirik?



Saya kagum dengan tahap keldaian anak-anak muda PR dalam mengamalkan assobiyah bagi mempertahankan Anwar Ibrahim. Sampai sekarang, saya tengah fikir solat apa yang dibuat oleh budak-budak PR dalam video ni. Solat hajat? Sunat berjemaah?

Mungkin di kalangan budak-budak PR ni ada satu skuad khas untuk solat. Bila disuruh solat, mereka akan terus solat tidak kira di mana, tidak kira berwuduk atau tidak. Yang penting, bila ada arahan, kena solat dengan segera. Tapi entah solat apa, mungkin mereka pun tidak tahu. Rosak! Sudahlah solat apa pun tak tahu, niatnya entah apa pulak, tapi jelas tujuannya hanyalah untuk menunjuk-nunjuk bagi tujuan rakaman semata-mata. Maka, bukan keredaan Allah yang akan dia perolehi, sebaliknya rakaman video yang diperolehi.

Sabda Rasulullah SAW, "Setiap amal itu dengan niat; bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. Jika hijrah seseorang itu kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Jika hijrahnya adalah kerana urusan duniawi, atau kerana wanita yg ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah berdasarkn apa yg diniatkannya."

Heh heh heh, itu yang sampai tak sengaja berdiri sebelah imam. Tapi oleh kerana solatnya bukan kerana Allah, dia lebih malu kepada manusia, berbanding malu kepada Allah untuk berundur ke belakang. Oleh kerana malu kepada manusia lebih kuat, maka dia memilih untuk meneruskan juga solatnya. Ada pandangan ulama tasawwuf yang mengibaratkan seseorang yang melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu sebab atau kerana makhluk lain; dan bukan kerana Allah, orang itu sudah menghampiri syirik dan bukan sahaja amalannya tidak diterima, malah syahadahnya juga boleh gugur.

Rosak budak-budak PR ni.

Hmm kalau mereka bijak takkan lah mereka ditipu berulang kali sejak pembohongan racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, lari ke kedutaan Turki sebab nyawa terancam tapi masih hidup sampai hari ni, 16 September, sodomi 1, sodomi 2 dan terakhir pelacur dari China. kalau mereka bijak, tak mungkin mereka akan menyokong sosialisme, pluralisme, usaha memurtadkan umat Islam secara halus dan menyembah Tuhan yang jenis mencarut! Failed!

No comments:

Popular Posts