Friday, April 1, 2011

Pelampau agama Kristian sebabkan rakyat rasa tidak selesa

Muka depan naskah AlQuran


Kecoh bila kumpulan pelampau agama Kristian mempertikaikan nombor siri dan cop AlKitab. Kumpulan pelampau ini sengaja mewujudkan keadaan tegang dan menipu tentang nombor siri Alkitab semata-mata kerana ingin menangguk di air keruh sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Semasa di Miri, saya didekati oleh sejumlah penganut agama kristian yang bertanyakan "benarkah bahawa Al-Quran juga diberi nombor siri seperti Alkitab?" Jawapan saya - Ya. Kebetulan saya ada menyimpan beberapa naskah di rumah saya. Di sini saya tunjukkan kebenarannya.



Muka dalam - di sebelah hadapan


close-up

muka surat di sebelah belakang


muka surat di sebelah belakang


close-up


close-up



Kenyataan kerajaan sebelum ini sebagai rujukan;

"The Government wishes to reiterate that, since March 15, it had given the directive to release all Bibles in Bahasa Malaysia, which are impounded in Port Klang and Kuching.

However, to date, the Christian groups who imported the Bibles have not collected them because they did not accept the stamps and the serialisation on these Bibles.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, the Minister of Home Affairs, mentioned that the act of stamping and serialisation is standard protocol.

For example, Qurans which are imported into the country are also checked to see if they are authorised copies and are stamped with serial numbers before they are released.

Qurans which are not authorised are impounded and destroyed.

The act of stamping and serialisation of the Bibles in Bahasa Malaysia and the Qurans should not be perceived as desecration of Holy scriptures.

Attached is a copy of the stamp and the serialisation as they appear of the Quran."


1 comment:

jejak_karya_maya said...

Pada minda manusia, agama adalah bidang ilmu dan amalan yang dianggap bersih dan suci. Tidak ada agama yang pada awal kemunculannya mengajak kepada kekotoran dan keburukan.

Dan aspek yang paling penting berkaitan agama ialah kepercayaan terhadapnya adalah bukan terhadap kuasa manusia tetapi kuasa ghaib. Kalau kandungan asal agama tidak dapat dikekalkan pada tahap 100% maka tercemarlah ia yakni bukan lagi boleh diklasifikasikan sebagai bahan panduan keagamaan.

Sememangnya sikap manusia ialah 'gatal tangan', nakal dan kreatif tidak tentu pasal sampaikan dinding konkrit menjadi mangsa contengan tangan mereka. Makanya kalau agama dibiarkan tidak dikawal dan dilindungi dari manusia tertentu makanya akan adalah si polan yang gatal tangan yang berasakan mindanya lebih kreatif daripada Kuasa Ghaib Maha Bijaksana yang menurunkan kitab tertentu.

Atas seba itu apabila masa berlalu, kebanyakan ajaran agama terpesong dari ajaran yang asal disebabkan keasliannya terusik sedikit demi sedikit bukan disebabkan oleh pihak kerajaan pada ketika itu tetapi disebabkan oleh penglibatan ahli agama mereka jua.

Sepatutnya mana-mana penganut akan cuba mempertahankan kitab agama dari pada pencemaran atau melupuskan mana-mana kitab yang telah tercemar. Dalam konteks ini sudah tentu pihak berwajib di mana-mana penjuru dunia saja yang mempunyai kepakaran, kekuatan dan iltizam untuk berbuat demikian.

Apabila ada kesedaran ini yang disusuli dengan tindakan proaktif ke atas kitab agama (kitab suci Islam contohnya), keaslian kandungan kitab berkenaan dapat dibendung daripada pengubahsuaian yang merosakkan.

Ini bermakna kalau tanpa adanya kesedaran bahawa kitab agama mudah terdedah kepada pencemaran dan kalau tidak ada tindakan proaktif bagi melindungi kesuciannya, kitab suci seperti milik orang Islam juga akan turut dicemari oleh tangan-tangan manusia iaitu seperti mana pencemaran yang telah terjadi kepada kitab milik lain-lain agama.

Justeru, anggapan pihak tertentu bahawa kawalan, pengawasan dan peletakkan nombor bersiri pada apa jua bahan bercetak sebagai satu pencemaran, pengubahsuaian dan menjejaskan martabat bahan berkenaan adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali malah langkah sedemikianlah yang terbukti berkesan dalam mempertahankan darjat semua bahan bercetak.

Popular Posts