Thursday, April 28, 2011

Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah wajar bersumpah mubahalah di hadapan Kaabah..



Anwar Ibrahim terperangkap kerana banyak persoalan hari ini tidak dapat dijelaskan oleh beliau dengan meyakinkan. Walaupun Saiful, Ummi Hafilda dan Eskay berani bersumpah mubahalah; dan Eskay juga berani menyerahkan DNAnya, namun Anwar masih gagal berbuat demikian. Anak-anak Muda Keliru (AMK) dan budak-budak PR yang kurang cerdas nampaknya semakin kepanasan. Blogger-blogger pro-PR dan pro-Anwar yang rasional nampaknya semakin meninggalkan perjuangan individu yang sia-sia. Mereka merasa tertipu dan tidak sanggup lagi membuta tuli mempertahankan Anwar.

Kepanasan sebab gagal mempertahankan Anwar, Anak-anak Muda Keliru dan budak-budak PR yang masih terhijab dari kebenaran, masih cuba mempertahankan Anwar dan segera mencari loophole untuk melepaskan diri dengan kempen untuk minta Anwar bersumpah di mahkamah syariah. Agenda qazaf yang tidak kena dengan kaedah feqah, tapi dicuba sebagai usaha untuk membebaskan Anwar dari kesilapannya.

Kalau nak bersumpah mubahalah, tidak perlu lah ke mahkamah syariah. Mubahalah boleh dibuat di mana-mana, lebih elok jika mahu jika Anwar hendak bermubahalah di mimbar masjid atau yang paling baik di hadapan Kaabah. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga boleh melakukan perkara yang sama.

Selepas bermubahalah, tidak perlu risau; jalani proses siasatan tanpa gentar. Biarkan mahkamah dunia mengadili Anwar dengan bukti-bukti saintifik yang ada. Jangan pula kita menghina Allah, Rasul dan ajaran islam dengan mengatakan bahawa Islam menolak keadilan yang dibuktikan melalui pembuktian saintifk; itu hanya menjadikan Islam dilihat penganut agama lain sebagai agama yang mundur dan terkebelakang.

Akhirnya yang penting bagi seorang Muslim adalah `mahkamah' Allah. jadi Anwar, Wan azizah dan Nurul izzah tidak perlu takut. Bersumpah mubahalahlah beramai-ramai di depan Baitullah!

1 comment:

Anonymous said...

Tak perlu ke Kaabah. Kenapa nak ke sana untuk bersumpah? Kat sini dah memadai, dihadapan khalayak umum di Malaysia ini yang terus-menerus terjerumus dengan kehidupan fitnah Anwar & Keluarga.
Buat je kad jemputan macam kad Nurul Izzah kahwin dulu, kali ini Anwar dan Keluarga menjemput ke.....untuk bersaksi. Jangan salah taip pula untuk berseksi.

Popular Posts