Thursday, April 28, 2011

Apalah nasib PKR #Sarawak dan Baru Bian; asyik kena tipu je...




Presiden PKR dan Pengarah Strategi PKR elok letak jawatan saja lah. Bertanding 49 kerusi, menang 3; apa punya miserable failure lah. Bila Ketua Tunggul PKR nak letak jawatan ya? Orang Sarawak - lihatlah penipuan yang berlaku. Jangan dipercaya Parti Lanun aka Parti Kelentong Rakyat!

______________________________________________

Posted Utusan Borneo 26 April, 2011 18:45 PM

PKR Akui Strategi BN Tampilkan Muka Baru Berkesan Di Sarawak

PETALING JAYA, 26 April (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa mengakui strategi Barisan Nasional (BN) menampilkan 18 muka baru untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April lepas, ternyata berkesan.



Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata BN telah membuat tindakan yang betul dengan menampilkan muka baru di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan sehingga mengakibatkan PKR kehilangan banyak undi.

"Pada (pilihan raya negeri) 2006 dulu, ada perubahan undi kepada baik kepada PKR atau parti lawan (BN) adalah disebabkan calon di beberapa kerusi itu tidak disukai pengundi.

"Dengan BN menampilkan muka baru di beberapa kawasan baru-baru ini, telah mengakibatkan kita kehilangan banyak undi dan saya akui itu berkesan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, pada Selasa.

Selain faktor calon yang tepat yang dikemukakan BN, beliau juga mendakwa bahawa gejala politik wang yang menular ketika kempen pilihan raya negeri itu juga menyebabkan PKR gagal memperoleh kemenangan yang besar.

"Faktor wang boleh kita lihat contohnya di kawasan Saribas. Kita kalah pada tahun 2006 dengan 94 undi dan salah satu isu besar di Saribas ialah isu wang. BN seperti yang dijangka, dua tiga hari sebelum pengundian mereka edarkan SMS bahawa PKR akan agihkan wang di bilik gerakan kita.

"Jadi dua tiga malam itu ramai pengundi datang minta wang. Bila kita tak boleh bagi dan bukan budaya kita, itu menimbulkan sedikit masalah dan akhirnya di sebelah sana mendapat banyak (undi)," dakwanya.

Sementara itu, menyentuh desas-desus kononnya PAS terlepas peluang menang di salah satu kerusi di Sarawak ekoran pengumuman wakil rakyat Ba'kelalan Baru Bian daripada PKR sebagai bakal ketua menteri sekiranya pakatan pembangkang menang, Mohd Rafizi mendakwa PKR tidak pernah mengumumkan perkara tersebut.

"PKR tak pernah membuat apa-apa pengumuman. Kalau awak pergi periksa semua kenyataan kita, sepanjang kempen kita kekal dengan konvensyen mana-mana parti yang mempunyai banyak (bilangan) kerusi akan jadi Ketua Menteri."

"Berita kononnya bakal ketua menteri adalah Baru Bian jika pakatan menang dibuat oleh YB Chong Chieng Jen dari DAP. PKR tak pernah membuat apa-apa pengumuman," katanya, yang menuding jari ke arah DAP.

Beliau berkata, "Saya tidak mahu komen mengenai kerusi yang ditandingi PAS. tetapi berdasarkan 12 kerusi yang kita tandingi di kawasan Melayu-Melanau, analisis mendapati isu Baru Bian bukan isu dominan."

-- BERNAMA


Read more: http://mukapetang.blogspot.com/2011/04/pkr-tiru-strategi-barisan-nasional.html#ixzz1KnQ62lcc
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

No comments:

Popular Posts