Friday, January 21, 2011

Tenang: Pas mulakan kempen dengan fitnah!





Video rakaman Dr Novandri - Pas keji peralat kematian demi untuk fitnah UMNO


Rakan blogger Pisau mendedahkan fitnah terkini Pas sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. Melalui akhbar penyebar fitnahnya, Harakahdaily, Pas melaporkan bahawa petugas Pas dari Pahang terpaksa menguruskan jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, yang meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Laporan penyebar fitnah Pas, Harakahdaily ini disanggah oleh Saudara Aminoor Syahfizan ,jiran yang tinggal berhadapan rumah arwah Abdul Latif. Menurut Aminoor beliau dan jiran jiran arwah berserta qariah masjid yang menguruskan dan menyembahyangkan di hospital. Kesemuanya adalah Ahli UMNO. Baca artikel penuh dari blogger Pisau di sini - Tenang:Calon PAS Di Sundalkan Harakah,Rakyat Tenang Di Bangsatkan.

Nampaknya budaya Politik Baru Pas hanya retorik. Kempen di Tenang telah dimulakan dengan fitnah yang amat berat sekali. Mungkin elok pemimpin Pas dan ahlinya memunafiqkan diri masing-masing.

1 comment:

Muhammad said...

AHAD INI : Lepas Subuh Di MAsjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Wacana Ilmu Bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki :

http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-al-fadhil-syeikh.html

Popular Posts