Monday, January 24, 2011

Rakyat Tenang berhak untuk dapat wakil terbaik


Rakyat Tenang berhak untuk mendapat wakil yang terbaik, bukan calon yang akan dijangka akan mempunyai masalah dan kesulitan untuk membantu mereka. Rakyat Tenang berhak untuk mendapat seorang wakil rakyat yang merupakan anak tempatan, mesra rakyat, berpendidikan tinggi dan berpengalaman dalam hal ehwal rakyat dan pentadbiran. Bagi anak-anak muda, mereka pula mahu wakil rakyat yang dapat memahami aspirasi mereka, membolehkan mereka berasa selesa untuk berjumpa dan berinteraksi pada bila-bila masa serta faham keperluan belia.

Hari untuk parti politik meletakkan sesiapa saja sebagai calon telah berakhir. Malangnya Pas masih berfikir bahawa rakyat boleh diperbodohkan dan mesti memilih calon yang mereka letakkan walaupun calon tersebut tidak dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan tersebut.

BN mengutamakan rakyat. Disebabkan itu BN menamakan calon yang terbaik untuk mereka. Jika tidak percaya lihat, kaji dan buatlah perbandingan latar belakang dan keupayaan di antara mereka berdua.

Nama sebenar beliau adalah Mohd Azahar Bin Ibrahim, berumur 39 tahun dan merupakan ANAK TEMPATAN Labis, tidak seperti calon PAS yang bukan merupakan anak tempatan. Isteri beliau bernama Tuty Roshizana Tumin dan beliau mempunyai 3 orang anak. Mohd Azahar bersekolah di SK Sri Labis, SMK Munshi Ibrahim dan SMK Dato Bentara di Segamat. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang Sains Politik, University of Portsmouth, UK pada tahun 1996 dan Diploma Pentadbiran Awam, ITM Melaka pada tahun 1993.

PENGLIBATAN POLITIK

Beliau adalah Bendahari pemuda Umno Bahagian Labis dan juga Ketua Umno cawangan Kampung Paya Merah pada 2004-2008

PENGALAMAN PENTADBIRAN

Beliau pernah memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Kluang pada tahun 1997-2000. Selepas itu beliau di hantar ke segamat untuk jawatan yang sama dari tahun 2000-2006. Seterusnya beliau di hantar ke Kecil Rengit untuk jawatan yang sama pada tahun 2006 sehingga kini.

PENGALAMAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN

Beliau adalah ahli jawatankuasa Yayasan Tenang pada tahun 2000 sehingga sekarang, Setiausaha Jawatankuasa penyelarasan mukim-mukim DUN RENGIT pada tahun 2000 hingga kini, Pengerusi Belia 4B Labis pada tahun 2001 sehingga 2010 dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ) Cawangan Rengit.


Dengan latar belakang sebegini, terutamanya latar belakang sebagai Pentadbir selama 13 tahun, tidakkah BN telah mengutamakan rakyat dalam meletakkan calon? Undilah calon yang boleh memberikan khidmat terbaik demi masa depan anak-anak anda dan rakyat Labis.

No comments:

Popular Posts