Monday, January 17, 2011

Kecelaruan fikiran Nik Aziz untuk tidak laksana hudud


Nik Aziz merapu lagi nampaknya. Kali ini tentang sebab kenapa Hudud tidak dilaksanakan di negeri Kelantan. Kenyataan Nik Aziz dipetik oleh Malaysiakini menyebut, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu. Fitnah Nik Aziz, "(Tun) Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan".

Mari kita huraikan penipuan Nik Aziz. Pertamanya, mungkin elok dilihat beberapa kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang direkodkan;

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Kesimpulannya, Pas tidak ada masalah untuk gugurkan hasrat mewujudkan sebuah Negara Hudud. Isunya bukan kerana ugutan Tun Dr Mahathir, tetapi sekiranya DAP mengkehendaki Pas berbuat demikian, Pas akan sanggup lakukannya, bila-bila masa dan di mana saja.

Kedua, apakah benar Tun Dr Mahathir perlu memberi amaran kepada Nik Aziz? Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz boleh dibaca di sini untuk memahami pendirian kerajaan BN - Penguatkuasaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pemimpin Pas telah memanipulasikan surat ini sebagai UMNO menolak Hudud. Hakikatnya, Tun Dr Mahathir menyebut tentang bahaya akan berlaku ketidak adilan dalam melaksanakan Hudud, menyebabkan nama baik Islam tercemar. Video ini memaparkan surat yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz dan sekiranya dianalisis, pemimpin Pas sendiri mengakui tentang kebenaran maksud surat Tun Dr Mahathir tersebut.




7 comments:

.:are_race:. said...

makin lama makin merapu....lepaih tu nak salahkan orang lain pulak bila tak boleh nak melaksanakan....takkan TUN MAhathir x tau Faham tentang Undang2 Islam...aiiii..kacau bilau sungguh...(Budak Daisy)

Penditakainsingkat said...

Salam Tun,
mohon link ke blog sdra.
Salam perjuangan.

Bahtera Merdeka said...

Salam tuan,
Mohon link ke blog tuan utk berkongsa maklumat dan perjuangan'
TQ

Silver Sky said...

Salam

aik ko yg fitnah x prasan plak dah...
best2 wak artikel fitnah orng...
memang mahathir ckp cam tu ler
mase tahun 1998 dier ckp
kalau hudud dilaksanakan di kelantan maka kami akan mengambil tindakan ke atas negeri tersebut

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

budak2 Pas,

baca surat tu betul2; setidak2nya TunM ingatkan Nik Aziz ttg siyasah al-adilah; x mcm nik aziz, takut nak laksanakan hudud sbb Dap. ulama penipu balaci Dap sungguh :)

Silver Sky said...

Salam,

hei orng² tue pas biar la aq budak...
kau sedap cakap kat orng penipu
camner dengan Amir bin Yasir bukankah dia berkata² yg boleh menyebabkan murtad ketika dia disiksa....
lps tu Nabi Muhammad S.A.W. memhalalkan kata² itu kerana ianya melibatkan dirnya(akan dibunuh jika tidak kater begitu)
camner ngan pemimpin BN yg suker
1)arak
2)judi
3)rasuah
4)disco
5)membazir
6)Zalim rakyat

apal ko masih sokong dia lg?? terang² nk hancurkan islam dengan
hukum² ditolaknya

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

heh3 ko ckp psl pemimpin no2 Pas Mat Sabu AlJilati tu ke? dah dengar rakaman dia? :)

Popular Posts