PAS akan menambah premis arak di negeri Kelantan yang kononnya Serambi Mekah. Apa sudah jadi dengan janji-janji kepada umat Islam bahawa mereka akan menghapuskan kilang dan premis arak sebaik sahaja mereka memerintah?
Pastinya ramai penyokong Pas yang kecewa dengan keputusan ini dan merasa tertipu kerana terpedaya dengan `fatwa' Pas yang menghukum UMNO sebagai tidak Islamik kerana membenarkan premis menjual arak beroperasi.
Ada beberapa kesimpulan penting dari keputusan ini. Secara tidak langsung:
1. Pertama, Pas AKUI sebelum ini mereka memang berpegang dengan pegangan EKSTREM dan UMNO sebenarnya lebih moderat.
2. Kedua, Pas AKUI mereka SALAH apabila mereka menghukum UMNO kafir dan tidak Islamik kerana membenarkan premis menjual arak dan kilang arak dibuka.
3. Ketiga, Pas juga AKUI bahawa mereka hanya MENIPU umat Islam; melalui RETORIK POLITIK yang menyalahkan UMNO kerana membenarkan kilang dan premis arak dibuka dan pada waktu yang sama mereka berjanji bahawa mereka akan menutup kilang arak di Shah Alam dan semua premis menjual arak sebelum ayam berkokok esok paginya selepas mereka berkuasa.
4. Keempat, Pas juga AKUI, pengetahuan agama mereka dan penyokong mereka dalam hal ini amat DANGKAL.
Pas dikenali sebagai sebuah parti yang berpegang kepada pegangan EKSTREM. Mereka berpegang kepada pegangan EKSTREM ini untuk menunjukkan mereka lebih Islamik dari UMNO dan sebagai justifikasi untuk mengkafir, memunafik dan memfasikkan ahli UMNO.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, hipokrasi dan penipuan Pas ini semakin terbongkar. Di sebalik samaran mereka, aksesori seperti serban dan jubah mereka; mereka hanyalah `haiwan politik' yang menjijikkan kerana sanggup MEMPERGUNAKAN AGAMA dan MEMPERDAYAKAN umat Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Hari ini semakin ramai yang mulai sedar bahawa Pas tidak jujur dan hanya berretorik politik bila mereka tidak mahu bersungguh-sungguh menentang segala bentuk kegiatan haram dan maksiat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang (PR), terutama di Pulau Pinang dan Selangor. Jika Pas benar-benar mahu mengotakan janji mereka, Pas boleh pada bila-bila masa membuat demonstrasi besar-besaran menuntut agar kilang arak, premis perjudian, premis menjual arak dan premis-premis maksiat yang lain ini ditutup, dihalang laluannya dan menuntut agar lesen perniagaan premis-premis ini yang berada di dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak diberikan dan tidak diperbaharui. Malangnya penentangan Pas bersifat berpihak dan memilih. Mereka tidak berani berbuat demikian di Pulau Pinang dan Selangor malah meng`halal'kan pula hasilnya.
Berbeza dengan Pas, UMNO mengambil pendekatan yang lebih moderat, iaitu membenarkan premis menjual arak ini beroperasi dan mengawalnya dari penglibatan umat Islam melalui pendidikan, peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang, termasuk undang-undang takzir.
Umat Islam yang rasional sedar bahawa kilang arak dan premis menjual arak di dalam negara BUKAN untuk umat Islam, sebaliknya untuk bukan Islam. Bagi umat Islam yang mempelajari sejarah dan tamadun Islam pula, mereka juga sedar bahawa arak ada dijual di dalam wilayah-wilayah di bawah empayar Islam semasa pemerintahan khalifah-khalifah Islam dan disebabkan itu, mereka tidak mudah tertipu dengan retorik politik Pas.
Eloklah umat Islam menilai semula perjuangan Pas dan menyedari penipuan mereka selama ini. Perjuangan Pas bukan untuk Islam, sebaliknya mereka mempergunakan agama dan memecah belahkan perpaduan Islam demi mendapatkan kuasa.
Pas hanyalah PENIPU dan MUNAFIK.
Begitu banyak bukti penipuan dan hipokrasi Pas yang Allah SWT telah tunjukkan kepada umat Islam Malaysia. Mungkin elok bagi Nik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin Pas mula mengkafirkan dan memunafikkan diri sendiri dan keluarga masing-masing seperti yang pernah mereka lakukan terhadap ahli UMNO.
2 comments:
Salam Tuan,
Mohon link ke blog Tuan utk berkongsi perjuangan.
T Kasih
Lebih baik Pope Nik Aziz hebahkan begini:-
Hari ini kita akan membenarkan org Cina menjalankan aktiviti judi seperti Genting Group supaya ekonomi Kelantan pesat membangun.
Atau:
Sy akan merasmikan pusat hiburan (pelacuran) terbesar di Kelantan kerana ramai org Cina Kelantan terpaksa ke Golok Thailand memuaskan nafsu mereka sebagai bukti Kerajaan Islam Kelantan mengamalkan toleransi agama kepada masyarakat bukan Islam. Ini sesuai dgn amalan Islam kami yg tidak menghadkan kegiatan atau kesukaan masyarakat bukan Islam seperti meminum arak dan memakan babi.
Atau:
Pusat babi terbesar di dunia akan dibuka di Kelantan sebagai bukti Islam tidak menyekat amalan org bukan Islam di Kelantan kerana kesukaan mereka memakan haiwan ini. Dengan itu Kerajaan Islam Kelantan dapat mengutip cukai dari hasil kegiatan babi yg terbesar di dunia ini.
Post a Comment