Friday, October 1, 2010

Isu `wang haram' Guan Eng buka mata umat Islam tentang hukum hasil judi


UMNO adalah sebuah parti umat Melayu dan Islam yang berpegang kepada fahaman sederhana berbanding dengan Pas yang mengikat diri mereka dengan pandangan yang lebih ekstrem. UMNO bukan sebuah parti nasionalis dan sekularis kerana dari segi falsafah, perjuangan UMNO adalah demi untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, mengenai Asas dan Tujuan UMNO pada perkara 3.3 menyebut dengan jelas bahawa asas dan tujuan UMNO adalah untuk "menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama".

Disebabkan itu ketika ingin memerdekakan negara, UMNO telah meletakkan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, peranan DYMM Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja Melayu sebagai pelidung dan pemelihara kesucian agama ini; malah definisi Melayu sendiri diperkukuhkan dengan pegangan terhadap agama Islam.

Melalui kedudukan Islam yang istimewa dan terpelihara di dalam Perlembagaan Persekutuan, barulah syariat Islam diperkembangkan melalui dasar-dasar dalam bidang pendidikan, muamalat, Enakmen Keluarga Islam dan Institusi Mahkamah Syariah dan hukum jenayah. Secara jelasnya track-record UMNO dalam memartabatkan Islam adalah amat jelas seperti yang dihuraikan di sini.

Malah dalam kegiatan ekonomi tidak syar'ie, seperti kegiatan judi, pendekatan UMNO lebih bersederhana dan lebih menepati pandangan-pandangan ulama silam terutama dalam negara berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia. Berbanding Pas yang mahu mengharamkan segala-galanya, pendekatan sederhana UMNO dapat dilihat melalui penggubalan dasar, undang-undang dan pendidikan negara yang menghalang umat Islam Malaysia dari terlibat dalam sebarang kegiatan judi.

Walaupun begitu, atas tujuan politik, pendekatan sederhana UMNO ini telah diserang oleh Pas sehingga pemimpin Pas dan pengikutnya sanggup mengkafirkan ahli serta pemimpin UMNO. Namun hari ini atas kuasa Allah swt, nampaknya Pas sedar sebagai parti dengan kerusi tercorot dalam kerajaan PR, mereka tidak mampu menghalang kegiatan judi di dalam negeri yang diperintah mereka.

Malah atas tujuan politik; kerana mahukan undi bukan Melayu dan nafsu ingin berkuasa, Pas sudah bersubahat pula dengan DAP dan PKR untuk membenarkan kegiatan ini berterusan dan bercambah di negeri-negeri pembangkang.

Dalam kes pengagihan wang judi kepada warga emas, ramai di kalangan rakyat yang sedar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah bertanyakan pandangan wakil Pas di negeri tersebut tentang sensitiviti umat Islam. Selepas kegiatan mereka terbongkar, jelas kelihatan Guan Eng agak kelam kabut. Berdasarkan laporan media, mulanya mereka mengatakan ia fitnah dan membuat laporan polis terhadap penulis blog. Selepas membuat laporan, mereka masih berusaha menafikan perbuatan ini sehinggalah surat terima kasih Lim Guan Eng disiarkan. Apabila melihat bahawa kepincangan ini tidak dapat dirahsiakan lagi, barulah mereka mengatakan bahawa wang tersebut telah diasingkan untuk Islam dan bukan Islam.

Bagi rakyat teramai, mereka dapat melihat dua kejadian penting dalam isu ini;

Pertama, PENIPUAN, iaitu apabila kerajaan Pulau Pinang cuba menafikan sumber sumbangan tersebut di peringkat awal, tetapi selepas beberapa hari, menyatakan bahawa wang tersebut telah diasingkan. Bolehkah rakyat mempercayai kenyataan ini?

Kedua, kelihatan seperti Kerajaan DAP (bukan PR) Pulau Pinang tidak bertanyakan pandangan wakil rakyat Pas sebelum menganjurkan pengagihan `wang haram' tersebut. Seperti yang pernah disebutkan, insiden duit haram ini seolah-olah mengiyakan kenyataan bahawa Pas hanya `hamPAS' di Pulau Pinang; wujud tidak dirasa; kalau tiada pun tidak mengapa.

Mungkinkah ini bentuk kerajaan sosialis PR yang sekular di masa hadapan?

Jelasnya kerajaan sekular PR di Pulau Pinang gagal memahami antara soal integriti pemberi dan kewarakan penerima. Puncanya - tidak sensitif terhadap umat Islam sebab sikap mereka terhadap Islam selama ini.

Berikut adalah pandangan Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri, seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia mengenai soal pengagihan duit haram ini;

DrAsri: "walaupun miskin, golongan tersebut mempunyai maruah dan seharusnya bantuan untuk membasmi kemiskinan datang dari sumber halal"

DrAsri: "Jangan amalkan memberi sumber judi untuk membantu masyarakat miskin. Jangan sampai masyarakat terdidik bahawa judi pun halal sebab sudah terbiasa menerima hasil judi"

DrAsri: "rakyat memang tidak berdosa sebab yang tanggung dosa adalah kerajaan Pulau Pinang dan exco beragama Islam"

DrAsri: "sumber daripada cukai judi masih boleh dimanfaatkan oleh kerajaan; cukai judi boleh digunakan utk pembangunan fizikal."

DrAsri: "Dalam masyarakat berbilang kaum, aktiviti judi boleh dibenarkan dalam jumlah kecil dan terkawal kerana aktiviti tersebut tidak berdosa kepada bukan Islam"

DrAsri: "judi tetap haram kepada umat Islam, tapi dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia, ia dibolehkan secara bersyarat"

Pendapat Dato' Shukri pula;

Dato' Shukri: "dana dari sumber perjudian tanpa disatukan dengan dana-dana lain, walaupun untuk membasmi kemiskinan adalah haram dari segi syarak''

Dato' Shukri: "bagaimanapun dana dari sumber berkenaan tidak haram jika disatukan dgn dana-dana lain"

Dato' Shukri: "kerajaan Kelantan juga mendapat sumber kewangan dari kedai pajak gadai, cukai arak bg memperoleh pendapatan"

Dato' Shukri: "jika individu guna dana dari sumber haram untuk kepentingan diri, ia adalah haram; tetapi jika digunakan utk membangunkan negeri, ia dibolehkan"

Tidak salah untuk pemimpin dan pengikut Pas untuk berpegang kepada pegangan yang ekstrem dalam hal berkaitan judi ini. Itu hak mereka, tetapi jika mereka gagal menghapuskannya di negeri yang diperintah PR, seperti yang dituntut oleh fahaman ekstrem yang mereka pegang selama ini, maka berdasarkan standard mereka sendiri, mungkin elok Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Hadi Awang, pemimpin dan pengikut Pas mengkafirkan diri sendiri dan keluarga mereka!

2 comments:

Anonymous said...

salam tun,isu wang haram sebenarnya tidak perlu timbul lagi hari ini kerana telah dijelaskan dlm majlis fatwa kebangsaan 2008.tun pula telah menyiarkan kenyataan ustaz asri tidak sepenuhnya dan berpilih-pilih.Hakikatnya ustaz Asri telah menempelak umno pulau pinang kerana memanipulasikan agama utk kepentingan politik sempit.Adalah lebi afdal tun sendiri bertanya terus dgn ustaz Asri.Umno P.Pinang semakin hari semakin gagal utk menambat hati org.Melayu sekiranya asyik memainkan isu remeh temeh spt isu khutbah dan wang ihsan kerana byk lagi perkara dasar yg perlu diutamakan spt isu ekonomi,tanah dan gerai roboh.Sepatutnya Umno pusat perlu menasihati Umno P.Pinang agar jgn asyik memainkan politik sempit kerana masyarakat semakin cerdik dan demi kemajuan melayu P.Pinang yg semakin terhimpit oleh kelalaian Umno selama ini.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

budak melayu,

1. kenyataan dr asri itu adalah kenyataan yang memperbetulkan manipulasi kenyataan beliau yg lebih awal oleh media pembangkang.

2. klu umno pulau pinang sudah hilang tarikan, takkanlah semakin byk undi org islam dan melayu yg berpatah balik dlm prk permatang pasir; skrg ni cuba buat kajian sikap - adakah sdr nak kata, Pas Pulau Pinang ada lebih tarikan kpd umat Islam dan melayu Pulau Pinang? atau sdr kata Melayu Penang lebih suka kpd PKR dan DAP? kelakarnya :)

Popular Posts