Monday, September 13, 2010

MyConstitution wajar buat deklarasi bersumpah tidak sentuh Perkara 152, 153, 181 Perlembagaan


Dalam tulisan saya "MyConstitution menghasut?", saya telah menyatakan bahawa tidak mungkin pendukung kempen MyConstitution dapat menyembunyikan matlamat teragung dan motif tersirat mereka selama-lamanya. Saya juga katakan bahawa akhirnya saya percaya ia akan digunakan untuk mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Tanda-tandanya telah ada apabila terdapat beberapa orang Melayu yang dipergunakan untuk mempertikaikan perkara-perkara berkaitan Perkara 153, termasuk mempertikaikan takrif hak keistimewaan dan kedudukan istimewa orang Melayu/Bumiputera. Pada waktu yang sama, terdapat kecenderungan mereka yang terlibat untuk melabelkan pihak yang mempertikaikan hujahan mereka sebagai `Melayu Feudal' yang secara tidak langsung menunjukkan sikap mereka terhadap Artikel 181, 32, 41 dan 44 Perlembagaan Persekutuan.

Mengambil kira tanda-tanda ini, pada pandangan saya hanya Melayu/Bumiputera yang kurang cerdik dan lalai sahaja yang tidak mampu menghidu motif tersembunyi ini; manakala yang pandir dan tidak sedar diri akan rela diperalatkan dalam permainan ini.

Dalam tulisan saya "MyConstitution menghasut?", saya telah menghuraikan takrif menghasut mengikut undang-undang negara dan apakah yang dimaksudkan oleh kecenderungan menghasut. Salah satu daripadanya adalah "mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan."

Saya akan cuba menjadi `reasonable' dalam hal ini terhadap MyConstitutional. Bagi saya ramai orang melayu menaruh syak wasangka terhadap tujuan dan motif tersembunyi MyConstitution dan ada yang beranggapan bahawa MyConstitution adalah langkah pertama untuk memberi justifikasi terhadap satu Perlembagaan Baru yang ditentang oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Jangan sampai perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara jika mereka sampai mempertikai dan menentang Perkara 3 dan 11 yang berkaitan agama Islam.

Bagi menghilangkan perasaan syak wasangka ini dan membebaskan mereka dari kecenderungan menghasut, saya ingin mencabar MyConstitution untuk membuat satu deklarasi bersumpah bahawa mereka sama sekali tidak akan menyentuh, membahas, mempersoal, mempertikai dan menentang Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan. BOLEH?!!

No comments:

Popular Posts