Wednesday, September 8, 2010

Kempen MyConstitution menghasut?

Apa dalam hatinya?


Dalam perbahasan saya di twitter, saya telah menyatakan bahawa Kempen MyConstitution akan menjadi satu hasutan sebaik sahaja ia menentang peruntukan-peruntukan dan semangat yang di bawa oleh Perlembagaan Persekutuan. Saya percaya pendukung MyConstitution mempunyai motif tersirat dan tidak mungkin mereka sekadar berminat untuk menghuraikan Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya kebelakangan ini, timbul sejumlah Melayu yang menjadi alat untuk mempersoalkan perkara-perkara berkaitan Aktikel 153. Jelas juga sejumlah mereka, apabila pandangan mereka ditentang mereka mula melabelkan penentang sebagai `Melayu Feudal' yang mungkin tidak mereka sedar atau sengaja mereka buat-buat tidak sedar akan maksudnya. Siapa `Melayu Feudal' yang dimaksudkan? Adakah itu petunjuk jelas mereka ini anti Institusi Raja-raja?

Tidak mungkin pendudukung MyConstitution mampu menyembunyikan matlamat teragung dan motif ulterior mereka selama-lamanya. Hanya Melayu/Bumiputera yang kurang cerdik dan lalai sahaja yang tidak mampu menghidunya; manakala yang pandir dan tak sedar diri, rela untuk menjadi alat dalam permainan ini.

Apa-apa pun sebelum kita berbicara panjang mengenainya, saya paparkan di sini apa yang dimaksudkan dengan hasutan dan kecenderungan menghasut agar kita dapat memantau pergerakan mereka ini.

Hasutan dan kecenderungan menghasut.

Hasutan dalam konteks undang-undang adalah menjurus kepada maksud apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut kearah menggugat ketenteraman negara dan pemerintah. Undang-undang dan kesalahan yang tergolong dalam Akta Hasutan 1948 adalah merupakan suatu kesalahan jenayah. Tafsiran Dalam Akta ini—“Kerajaan” ertinya KerajaanMalaysia dan Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia.

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut;

“penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau keluaran semula substansial apa- apa penerbitan; “perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau bertulis; ( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

Kecenderungan menghasut: Sesuatu “kecenderungan menghasut” adalah kecenderungan:

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana- mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan. ( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

1 comment:

mohd fahmi said...

tido...tido...tido.... ZzZzZzZz macam mana nak buat kerja... kalau terjaga pon keluar amaran aja....

Popular Posts